KEUNIKAN MATTE LIPSTICK ZARRAB’JOY COSMETICS



ZARRA Sinar Puteri hari ini memperkenalkan rangkaian kosmetik warna (colour cosmetics) di bawah sub-brand, ZarraB'Joy Cosmetics iaitu Matte Lipstick sebagai produk pertamanya.



Pengasasnya Datin Zamzarina Zambri terus tetap dengan pendirian menghasilkan produk berkualiti tinggi setaraf jenama Antarabangsa tetapi pada harga yg mampu dimiliki. Matte Lipstick ZarraB’Joy dihasilkan daripada bahan utama seperti Shea Butter, Argan Oil & Vitamin E. Prinsip yang dipegang iaitu “Biar Cantik Yang Sihat” masih diterapkan dalam penghasilan Matte Lipstick ZarraB’Joy.


Bagi gadis dan wanita yang inginkan hasil lipstick yang bebas kilau dan bibir kelihatan lebih padat, Matte Lipstik adalah pilihan yang tepat. Ini kerana lipstick jenis ini bersifat menyerap cahaya dan memiliki kandungan minyak yang sangat sedikit sehingga akan memberikan efek tidak berkilat.


Kelebihan Matte Lipstik ZarraB'Joy ini adalah ia tidak mudah melekat pada benda yang bersentuh dengan bibir anda, tahan lama sehinggakan pengguna tidak perlu sering mengolesnya berulang kali.


Datang dalam 7 warna terkini bagi tahun 2017 dengan berkonsepkan pemakaian hari Isnin hingga Ahad. Setiap hari diselitkan dengan kata-kata positif bertujuan meningkatkan keyakinan diri serta aura wanita apabila memakainya.


Wanita pasti tak senang duduk dengan berita ini. Terdapat 7 rona menawan yang berbeza diberi nafas segar dari bold brights, gelap, seksi hingga kepada super-versatil neutral. Setiap rona boleh diaplikasikan dengan mudah, packaging yang cukup elegan dengan warna ‘matte black’ dengan bahagian transparent di bawah lipstick untuk memudahkan kita melihat warna sebenar didalamnya.


Sebagai wanita tentunya seronok sangat kalau dapat memiliki kesemua koleksi warna. Juga sesuai jika di ‘mix n match’ mengikut kreativiti sendiri untuk hasil lebih dramatik.

Keunikan Matte Lipstick ZarraB'Joy :

  • Halal.

  • Lulus KKM.

  • Mesra wuduk.

  • Tidak mudah mengeringkan bibir.

  • Mengandungi Vitamin E, Argan Oils dan Shea Butter.

  • Tanpa bahan kimia.

  • Berbau sedap seperti kek.

  • Tidak Berminyak.

  • Warna-warna menawan dan trend masa kini.

  • Warna tak mudah luntur (pakai sekali sahaja tahan hingga ke malam).

  • Tidak melekat di cawan/gelas/ straw ketika minum.

  • Kiss baby atau suami pun tak meninggalkan kesan.

  • Produk Malaysia yang berkualiti setanding dengan jenama antarabangsa.

  • Harga mampu milik.

  • 100% milik bumiputra

KONSEP WARNA MENGIKUT AURA 7 HARI

Ada 7 kod warna berkonsepkan hari ISNIN HINGGA AHAD !!!

  • Isnin ~ ZESTY ROSE

  • Selasa ~ ZENIA DAISY

  • Rabu ~ ZAZZY VERBENA

  • Khamis ~ ZAFTIG CARNATION

  • Jumaat ~ ZEALOUS DAHLIA

  • Sabtu ~ ZONAL PEONY

  • Ahad ~ ZAPPY THERAPY