'Beauty Till Jannah' Semarak Busana Muslimah Jenama Enigma Boutique

April 10, 2017

Sabtu lalu pada 08.04.2017 telah berlansung Malam Pelengkap Hati Enigma di Grand Ballroom Tropicana Golf & Country Resort anjuran Enigma Boutique. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berbahgia Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri sekaligus merasmikan majlis pada malam tersebut.

 

Penyanyi Ayu Damit selaku Duta Enigma Boutique turut membuat persembahan dengan menyampaikan single terbaru beliau yang berjudul 'Pelengkap Hati' yang mana lirik lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Pengarah Enigma Boutique.

 

 Logo Baru Enigma Boutique

 

Majlis pada malam tersebut adalah bertujuan untuk pelancaran logo baru Enigma Boutique seiring dengan penjenamaan seluruh produk Enigma Boutique. Selari dengan penjenamaan tersebut, pihak Enigma Boutique telah menganjurkan pencarian model muslimah bagi mewakili imej terbaru Enigma Boutique.

 

 8 Finalis Pencarian Wajah Pelengkap Hati Enigma 2017

 

Seramai 8 peserta telah disenarai pendek kan untuk bertanding pada peringkat akhir pada malam itu yang menyaksikan Fatiha Sawif diumumkan sebagai pemenang sekaligus diangkat sebagai Duta Enigma Boutique 2017. 

 

Foto sekitar Majlis Pelengkap Hati Enigma Boutique 2017

 

Pada malam itu juga, pihak Enigma Boutique telah menayangkan filem pendek berjudul "Pelengkap Hati" yang merupakan impian serta harapan Enigma Boutique yang telah direalisasikan dengan hasil sentuhan sempurna CST Production.  "Pelengkap Hati" dipilih sebagai tema bagi majlis tersebut kerana kesinambungan kepada slogan Enigma Boutique, "Beauty Till Jannah". |MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.