VITAGEN Sambut Ulangtahun ke-40 di Malaysia Dengan Kempen 'A Better Gut Begins With VITAGEN'

May 5, 2017

 

VITAGEN, minuman susu kultur pertama dan No. 1 di Malaysia yang telah berkembang bersama-sama beberapa generasi di negara ini memulakan sambutan ulang tahun ke-40 mereka menerusi kempen A Better Gut Begins with VITAGEN’ (Sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN). Kempen itu merupakan lanjutan daripada inisiatif VITAGEN untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman.
 

(Dari kiri) Pn. Nordina Baharom, Pengurus Jenama Kanan, VITAGEN, En. Michael Ong 王明利, Timbalan Pengurus Besar, VITAGEN, En. Poh Eng Lip 傅英立, Pengurus Besar, VITAGEN, Cik Yap Jay Queen 葉潔群, Pengurus Pemasaran, VITAGEN, di majlis sambutan ulang tahun VITAGEN yang ke-40 dan pengenalan kempen A Better Gut Begins with VITAGEN' jenama tersebut.


Selaku peneraju industri dan penyokong penjagaan sistem penghadaman, jenama minuman susu kultur ikonik itu telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia selama 40 tahun. VITAGEN mengandungi berbilion-bilion bakteria baik di dalam kultur Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang hidup dan aktif.  Formulasi itu membantu penyerapan nutrien daripada makanan dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. Apabila diambil, ia membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya, seterusnya mengurangkan risiko gangguan usus untuk kesihatan penghadaman yang optimum.

 

 

Kesihatan sistem penghadaman yang baik dilihat semakin penting memandangkan rakyat Malaysia kini berdepan dengan masalah kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup tidak aktif, tekanan dan peningkatan pengambilan makanan segera yang mungkin mengandungi rendah serat dan kurang bakteria baik.
                                                                           
Kajian menunjukkan bahawa kesihatan sistem penghadaman berkait rapat dengan obesiti. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai populasi paling gemuk di rantau ini[1].  Jumlah golongan dewasa yang mempunyai berat berlebihan meningkat sebanyak 30%[2]. Sementara rakyat Malaysia yang obes mewakili sehingga 17.7% populasi keseluruhannya[3]. Kombinasi ini bermakna hampir separuh daripada populasi negara kini sama ada mempunyai berat berlebihan atau obes.
 
Penyakit melibatkan sistem penghadaman atau usus disenaraikan di antara 10 sebab utama seseorang dimasukkan ke hospital (9.14%) [4]dan kematian (3.81%)[5]  di hospital-hospital swasta. Kanser kolorektum pula disenarai sebagai kanser paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia[6] dengan 12.1%.
 
Banyak penyakit seperti tekanan yang kelihatan seperti tiada kaitan dengan sistem penghadaman manusia, sebenarnya disebabkan oleh masalah usus. Memahami bagaimana usus berfungsi dan menjaganya adalah penting untuk kesejahteraan hidup secara keseluruhannya. 


VITAGEN kini menggiatkan usahanya untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang baik kepada rakyat Malaysia menerusi kempen-kempen dan aktiviti yang berterusan. Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sistem penghadaman yang baik serta membentuk gaya hidup sihat.
 
Jenama itu juga memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mempunyai diet dan kesihatan spesifik melalui varian kurang gula serta kolagen. Baru-baru ini, varian VITAGEN Less Sugar dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan.

 

Kempen VITAGEN sempena ulang tahun ke-40 jelas menunjukkan hubungan positif di antara kesihatan sistem penghadaman yang baik dengan kesihatan keseluruhan menerusi tiga aspek penting iaitu tahap imunisasi lebih baik, fikiran semakin jelas / kepekaan mental yang lebih tajam dan mood yang lebih seimbang.  

 

Untuk maklumat lanjut mengenai VITAGEN dan kempen “A Better Gut Begins with VITAGEN”, sila layari laman web: www.vitagen.com.my atau di akaun Facebook VITAGEN ​|MYBuzz

 

[1] Global, regional, and national prevalence of overweight and obesity in adults during 1980 – 2013,” Global Burden of Disease, The Lancet
[2] 2015 National Health and Morbidity Survey, Malaysia
[3] 2015 National Health and Morbidity Survey, Malaysia
[4] Health Facts 2016, Ministry Of Health Malaysia,Planning Division, Health Informatics Centre
[5] Health Facts 2016, Ministry Of Health Malaysia,Planning Division, Health Informatics Centre
[6] The Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011, which was published by National Cancer Institute on it’s website www.nci.moh.gov.my in October, 2016.
 

 

 

Tags:

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.