Showcase Ukays Kembali Berbisa di Hard Rock Kuala Lumpur

Kumpulan Ukays yang popular pada pertengahan tahun 90 an dengan lagu Disana Menanti Disini Menunggu (Album Bisa Berbisa) akan mengadakan julung kalinya Showcase di Hard Rock cafe Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 14 Mei 2017 jam 3.00 petang.


Sejak hampir 28 tahun Kumpulan Ukays ditubuhkan, Kini bernaung di bawah syarikat milik Amy Uks iaitu Uk's Record Entertainment.


Kini Lagu Lepaskanmu Kerna Terpaksa (Album Kembali Berbisa) yang dilhamkan pada tahun 2009 oleh Amy Uks telah mendapat perhatian peminat dengan tontonan melebihi 11 Juta di saluran Youtube.


Kumpulan Ukays kini mengenengahkan Amy sendiri selaku gitaris, Well (bes), Azrul (bes), Ali (dram) dan Ady (Vokalis).


"Mereka tak kisah siapa pun penyanyi asalkan lagu tersebut mengembalikan semula memori mereka sehingga ada yang kata mereka mahu dengar lagu Ukays, bukan siapa penyanyinya' Kata Amy.


"Dalam hal ini, Ukays akan terus berjuang kerana inilah tempat kami mencari rezeki dan menjadi tanggungjawab kami untuk terus menghidupkan nama Ukays," ujarnya lagi.


Selain daripada itu, selepas kejayaan showcase di Kuala Lumpur, Ukays turut bercadang menjayakan showcase yang sama di beberapa lokasi lain seperti di Melaka, Kota Kinabalu, Singapura dan Jakarta.


"Untuk showcase di Hard Rock KL tidak lama lagi, tiket berharga RM60 boleh dapatkan secara walk in pada tarikh tersebut atau layari facebook Ukays," ujar Amy.


Showcase ini juga ditaja oleh Ritz Corporate Holdings Berhad.






Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.