Seleksi Wangian PapaHug & MamaKiss oleh Shidie Sahaq Dilancar

Sabtu lalu, Shidie Global Enterprise telah melancarkan produk wangian yang bertemakan Fragrance of Heart PAPAHUG & MAMAKISS. Wangian oleh Shidie Sahaq ini merupakan produk pertama syarikat beliau sejak tahun 2014.

PAPAHUG adalah wangian inspirasi bagi lelaki manakala MAMAKISS wangian inspirasi oleh wanita.


Produk ini berkualiti EDP dan bau wangian sehingga 65%-75% diinspirasikan daripada jenama terkenal di pasaran. Pati minyak wanginya yang di import daripada Perancis, Switzerland dan Jerman. Ianya juga mampu menandingi dengan jenama-jenama lain yang terdapat di pasaran.


Bersaiz 35 ML dan mudah dibawah kemana sahaja. Jika di sembur, baunya boleh bertahan 8-12 jam dan sekiranya disembur kepada pakaian, baunya boleh mencecah sehingga 24 jam.


Selain daripada minyak wangi, Shidie Sahaq telah melancarkan produk terbaru beliau iaitu Hijabers Spray iaitu minyak semburan rambut bagi wanita bertudung.


HIjabers Spray


‘’Kami ada rancangan untuk mengeluarkan bau wangian sendiri pada masa akan datang’’ Kata Shidie Sahaq.


Barisan selebriti turut hadir dan membuat persembahan antaranya Linda Eva, Syura Badron, Lan Kristal, Salwa Abd Rahman, Isma AF, Syafeek Ikhwan, Dayang, Rayhana, Taufik Ola Bola dan ramai lagi. Majlis tersebut telah diacarakan oleh Fizi Ali dan Vicha Saywho.


Syura dan Lan Kristal turut diangkat sebagai Duta produk wangian tersebut.


Dapatkan produk PAPAHUG dan MAMAKISS yang berharga RM55 sebotol dan Hijabers Spray berharga RM69 sebotol di pasaran sekarang.- MYBUZZ






Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.