Pementasan Semarak Bangsawan & Panggung Seni Tradisional 2017 Isi Kalendar Aktiviti Seni Kuala Lumpur

May 11, 2017

 

Jumaat lalu MB berkesempatan mengikuti majlis perasmian SEMARAK BANGSAWAN DAN PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2017 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, JKKN. Majlis berkenaan diadakan dengan tujuan memaklumkan kepada umum berhubung perlaksanaan program program yang bakal dijalankan oleh JKKN untuk tahun 2017.

 

Siri Semarak Bangsawan merupakan program yang dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program ini mengetengahkan pementasan bangsawan berjadual di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan program dalam negara yang mengangkat genre bangsawan secara konsisten dan berterusan.

 

Siri Semarak Bangsawan 2017 telahpun bermula pada bulan ini, di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula jam 8:30 malam. Antara naskah naskah yang telah terpilih untuk dipentaskan adalah seperti BANGSAWAN CINCIN NAGA API yang diadaptasi dan dioleh semula dari filem blockbuster, Lord Of The Ring, karya asal Peter Jackson, Fran Walsh, Philppa Boyens dan Stephen Sinclair. Persembahan bangsawan lain adalah seperti BANGSAWAN SATRIA MENARA PUTIH, BANGSAWAN DEWA KENCANA, BANGSAWAN ZHAO SI ANAK YATIM dan BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA

 

 

Sementara itu penganjuran PANGGUNG SENI TRADISIONAL pula merupakan medium bagi menyampaikan persembahan kesenian tradisional Malaysia yang asli serta klasik. Pada awalnya, PST hanya menampilkan persembahan teater rakyat seperti MAKYONG, RANDAI, JIKEY, OPERA CINA, TEATER KLASIK INDIA, WAYANG KULIT serta ULIK MAYANG. Kini pengisian program ini telah diperluaskan kepada seni tari serta muzik rakyat.

 

PST 2017 dijadualkan berlansung pada bulan Julai ini sehingga pertengahan November 2017 bertempat di AUDITORIUM TUNKU ABDUL RAHMAN, PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA, MaTIC KUALA LUMPUR. Sebanyak 4 kumpulan teater telah dipilih untuk memenuhi kalendar persembahan, antaranya:

 

KUMPULAN THE SOUND OF TAI HEI

Persembahan Opera Cina (Kantonis) berjudul WEDDING NITE - THE GATHERING AND FAIRY TALES IN THE HEAVEN

Tarikh pementasan : 28-29 Julai 2017 | Masa: 8:30 malam

 

PERSATUAN SENI PERSEMBAHAN MALAYSIA (ASTANA)

Persembahan Dramatari Klasik India berjudul DEVDAS

Tarikh pementasan : 25-26 Ogos 2017 | Masa: 8:30 malam

 

PERSATUAN PENGGERAK WARISAN SENI BUDAYA NEGERI KEDAH (AKRAB KEDAH)
Persembahan Teater Tradisional JIKEY berjudul NAGA BERAPI
Tarikh pementasan : 27-28 Oktober 2017 | Masa: 8:30 malam

 

PERSATUAN PENGGIAT ZAPIN NEGERI JOHOR (PE-ZAPIN), AKEDEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) dan FAKULTI MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Persembahan KOLEKSI TARI SERUMPUN
Tarikh pementasan : 17-18 November 2017 | Masa: 8:30 malam

 

Tiket tiket bagi menyaksikan pementasan bangsawan berharga RM10, RM25 dan RM50 manakala persembahan PST 2017 berharga RM20 (Biasa)  dan RM50 (Premier). Tempahan tiket boleh dibuat melalui JKKN ditalian 03-26148200. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang JKKN di http://www.jkkn.gov.my atau Facebook rasmi JKKN. | MYBUzz

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.