Ezal Bawa 'Resah Seribu Rindu' Ingin Menawan Hati Peminat Di Malaysia


Ezal, Penyanyi baru berasal dari Singapura ini ingin menawan hati peminat-peminat di Malaysia dengan mempertaruhkan lagu Resah Seribu Rindu.


Beliau telah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak tahun 1990 an lagi. Beliau juga merasakan bakat tidak mengenal usia.


Ezal, 40 tahun, pernah menyertai pelbagai pertandingan di Singapura dan mula bergiat aktif pada awal tahun 2000 semasa ditawarkan menyanyi bagi projek hari raya.


Kerjaya sepenuh masa sebagai Juruaudit ISO di salah sebuah firma di Singapura.




Sepanjang lebih 15 tahun dalam bidang nyanyian beliau telah laluinya dengan penuh pancaroba. Bagaimanapun dengan semangat dan keyakinan beliau terus melancarkan lagu solo pertama iaitu Resah Seribu RIndu.


Ketika ditemui oleh Team MyBUZZ, beliau ingin mewar-warkan kepada peminat-peminat industri seni di Malaysia untuk mendengar lagu beliau.


"Dengan kenyakinan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh kawan-kawan saya yakin lagu ini akan memberikan keistimewaan yang tersendiri kepada pendengar semua". Ujar Ezal.


''Saya inginkan pendengar merasainya kelainan lagu ini kerana ia telah diolah dengan kreativiti saya sendiri dan sesuai dengan citarasa peminat sekarang'', Ujarnya lagi.


Selepas Malaysia, Ezal akan merancang akan mempromosi lagu ini di Indonesia & Brunei. Peminat boleh mengikuti beliau di Insta E_zal dan FB Haizal R Zal.


MYBUZZ Ucapkan Selamat Maju Jaya!!!







Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.