SNA Wellness Bangunkan Jenama Sweedskin Dari Sel Keladi

May 15, 2017

 

Sekitar tahun 2014 , produk penjagaan kulit SWEEDSKIN, telah berada dalam pasaran tetapi hanya terhad dan digunakan di kebanyakkan klinik klinik estetika di dalam negara. Ramai pakar estetik tempatan amat berpuas hati dengan keberkesanan SWEEDSKIN dalam membantu memelihara dan memulihara kesihatan kulit.

 

SWEEDSKIN dikelaskan dalam ketegori produk kosmesiutikal yang mana produk ini bukan sahaja produk berasaskan pembersihan kulit tetapi mempunyai nilai nilai penyembuhan didalamnya. Jesteru pada tahun ini, atas pengiktirafan serta testimoni testimoni positif yang diterima, pihak SNA Wellness International Sdn Bhd mengorak langkah besar untuk memasarkan produk SWEEDSKIN dipasaran umum.

Hasil kerjasama SNA Wellness International SB bersama Solabia Group, France serta Mibelle Group Biochemistry, Switzerland iaitu dua institusi terkemuka eropah dalam penghasilan produk kosmetik dan  farmasiutikal, telah menghasilkan 7 varian produk kosmesiutikal di bawah jenama SWEEDSKIN. Bagi memperkuatkan jenama SWEEDSKIN, pihak pengurusan SNA Wellness, menngunakan tagline 'Science Behind Beauty' . Ini kerana setiap peringkat produk ini telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang begitu rapi dan teliti.

 

SWEEDSKIN mengandungi 2 bahan aktif iaitu Celtonyl dan Snow Algae Powder. Celtonyl merupakan sejenis sel yang bertindak balas sebagai pengaktif dalam proses penghasilan sel-sel baharu dan diperolehi daripada daun keladi (Colocasia Esculenta) yang diketahui kaya dengan pelbagai khasiat.

Colocasia Esculenta

 

Sementara itu, Snow Algae Powder yang terkandung dalam formulasi SWEEDSKIN, diekstrak dari tumbuhan  salji alga yang mempunyai keupayaan unik untuk aktif hidup pada suhu kira-kira 0 ° C. Salji alga berkembang di kawasan-kawasan di mana terdapat sama ada untuk Alpine atau kutub iklim di mana terdapat salji sepanjang tahun (kekal salji). Alga hijau biasanya menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran melampau: apabila radiasi UV mengingkat pada awal musim panas, tumbuhan  salji alga  ini akan bertukar merah kerana ia menghasilkan lebih pigmen carotenoid berbanding klorofil. Didalam keadaan persekitaran  yang extreme inilah, telah membuatkan tumbuhan alga ini dapat menghasil tindak balas molekul yang bebas tekanan.

 

Snow Algae 

 

Menurut pengasas SNA Wellness SB, Datin Seri Noor Asikin Muhammad, hasil kajian dan pembangunan yang dijalankan oleh Solabia Group, Perancis  telah menjadikan SWEEDSKIN sebagai produk penjagaan kulit pertama di dunia yang menggunakan Celtonyl. Manakala Mibelle Group, Switzerland pula menghasilkan produk penjagaan kulit yang pertama di Asia Tenggara menggunakan serbuk rumpai salji ( Snow Algae Powder).

 

Produk SWEEDSKIN telah disahkan bebas dari 9 elemen tidak sihat seperti:

 


√ BEBAS Bahan Pengawet
√ BEBAS Silikon
√ BEBAS Bahan Lanoline 
√ BEBAS Paraben
√ BEBAS Bahan Komedogenik (Penyebab bintik hitam/ Punca lubang pori tersumbat) 
√ BEBAS Bahan Bahan Dari Haiwan
√ BEBAS Minyak Mineral
√ BEBAS Pewarna
√ BEBAS Alkohol

 

Varian Produk Jenama Sweedskin

 

7 Varian Produk SWEEDSKIN

 

 

LUMINOUS PURIFYING CLEANSER

 

BioEcolia®

 

Gel Pembersih yang merawat kulit dan membersih lembut lagi dengan mendalam. Ia membantu melindungi kulit terhadap persekitaran di luar, Menjadikan kulit  bersih, lembut, licin dan kelihatan muda.

 

 SKIN ACTIVATOR MIST
Celtonyl®

 

 

Formula bebas minyak yang menyerap pantas dirumus cukup lembut untuk kegunaan harian pada kulit anda dan memberikan kesan sempurna.

 

HYDRATING MOISTURIZER SERUM
Focucert®

 

Serum yang berkhasiat dan mesra kulit mengandungi semua khasiat serta manfaat penting kepada kulit . Ianya mudah diserap dan memberikan kadar penghidratan yang optimum serta mengembalikan keremajaan pada kulit

 

 DAILY DEFENCE CREAM

Saniskin®

 

Krim yang mudah diserap kulit. Krim siang yang dicipta untuk membantu memelihara kulit dari sinaran UV yang merosakkan. Memelihara serta melembabkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. 

SEBUM REDUCER SERUM
Sebustop®Up

 

Serum yang dicipta untuk kegunaan harian bagi mengatasi masalah jerawat serta membersihkan liang pori. Menjadikan kulit kurang berminyak dan tampil lebih segar, lembut dan cerah sekata.

 AGE REVERSING SERUM
Snow Algae Powder

 

Serum yang diformulasikan secara khusus untuk mengatasi masalah penuaan. Formulasinya tidak meninggalkan kesan berminyak dan diperkaya dengan khasiat tumbuhan salji alga. Membantu memelihara serta memulihara kulit. Tona kulit akan lebih sekata anjal dan bersinar

BRIGHTENING SERUM
Omegalight®

 

Serum pencerahan yang membantu mencerahkan kulit. Penggunaan yang kerap membantu kulit menjadi lebih sihat, lembut, dan kekal lembab dan kelihatan muda

 

Menjadikan Sweedskin sebagai rejim pembersihan kulit yang kerap bakal menampakkan hasil yang ketara seawal 2 minggu penggunaan.Produk Sweedskin boleh didapati dirangkaian fasmasi Healthlane Pharmacy, Butik tunggal Sweedskin di AEON Mall Kota Bharu. Pembelian produk Sweedskin boleh juga dibuat secara online melalui Lazada dan 11th Street. Untuk maklumat lanjut sila layari www.sweedskin.com |MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.