SNA Wellness Bangunkan Jenama Sweedskin Dari Sel Keladi


Sekitar tahun 2014 , produk penjagaan kulit SWEEDSKIN, telah berada dalam pasaran tetapi hanya terhad dan digunakan di kebanyakkan klinik klinik estetika di dalam negara. Ramai pakar estetik tempatan amat berpuas hati dengan keberkesanan SWEEDSKIN dalam membantu memelihara dan memulihara kesihatan kulit.


SWEEDSKIN dikelaskan dalam ketegori produk kosmesiutikal yang mana produk ini bukan sahaja produk berasaskan pembersihan kulit tetapi mempunyai nilai nilai penyembuhan didalamnya. Jesteru pada tahun ini, atas pengiktirafan serta testimoni testimoni positif yang diterima, pihak SNA Wellness International Sdn Bhd mengorak langkah besar untuk memasarkan produk SWEEDSKIN dipasaran umum.

Hasil kerjasama SNA Wellness International SB bersama Solabia Group, France serta Mibelle Group Biochemistry, Switzerland iaitu dua institusi terkemuka eropah dalam penghasilan produk kosmetik dan farmasiutikal, telah menghasilkan 7 varian produk kosmesiutikal di bawah jenama SWEEDSKIN. Bagi memperkuatkan jenama SWEEDSKIN, pihak pengurusan SNA Wellness, menngunakan tagline 'Science Behind Beauty' . Ini kerana setiap peringkat produk ini telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang begitu rapi dan teliti.


SWEEDSKIN mengandungi 2 bahan aktif iaitu Celtonyl dan Snow Algae Powder. Celtonyl merupakan sejenis sel yang bertindak balas sebagai pengaktif dalam proses penghasilan sel-sel baharu dan diperolehi daripada daun keladi (Colocasia Esculenta) yang diketahui kaya dengan pelbagai khasiat.

Colocasia Esculenta


Sementara itu, Snow Algae Powder yang terkandung dalam formulasi SWEEDSKIN, diekstrak dari tumbuhan salji alga yang mempunyai keupayaan unik untuk aktif hidup pada suhu kira-kira 0 ° C. Salji alga berkembang di kawasan-kawasan di mana terdapat sama ada untuk Alpine atau kutub iklim di mana terdapat salji sepanjang tahun (kekal salji). Alga hijau biasanya menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran melampau: apabila radiasi UV mengingkat pada awal musim panas, tumbuhan salji alga ini akan bertukar merah kerana ia menghasilkan lebih pigmen carotenoid berbanding klorofil. Didalam keadaan persekitaran yang extreme inilah, telah membuatkan tumbuhan alga ini dapat menghasil tindak balas molekul yang bebas tekanan.


Snow Algae


Menurut pengasas SNA Wellness SB, Datin Seri Noor Asikin Muhammad, hasil kajian dan pembangunan yang dijalankan oleh Solabia Group, Perancis telah menjadikan SWEEDSKIN sebagai produk penjagaan kulit pertama di dunia yang menggunakan Celtonyl. Manakala Mibelle Group, Switzerland pula menghasilkan produk penjagaan kulit yang pertama di Asia Tenggara menggunakan serbuk rumpai salji ( Snow Algae Powder).


Produk SWEEDSKIN telah disahkan bebas dari 9 elemen tidak sihat seperti:


√ BEBAS Bahan Pengawet √ BEBAS Silikon √ BEBAS Bahan Lanoline √ BEBAS Paraben √ BEBAS Bahan Komedogenik (Penyebab bintik hitam/ Punca lubang pori tersumbat) √ BEBAS Bahan Bahan Dari Haiwan √ BEBAS Minyak Mineral √ BEBAS Pewarna √ BEBAS Alkohol


Varian Produk Jenama Sweedskin


7 Varian Produk SWEEDSKIN