RAHMAD MEGA LANCARKAN LAGU KETUHANAN DI INDONESIA

May 20, 2017

Setelah tidak lagi bersama kumpulan Mega, Rahmad Mega sentiasa bergerak aktif menyanyi secara solo serta pada tahun 2014, beliau telah mendapat tempat ke-4 di dalam sebuah rancangan realiti TV.

 

Kini beliau telah dilamar oleh seorang komposer daripada Indonesia iaitu Cahaya Bunga Seragih dengan lagu Sajadah Ka'bah berduet dengan Almarhum Deddy Dores,

 

                                                             (Cahaya Bunga Seragih & Rahmad Mega)

 

Album berjudul Cahaya Dari Kaabah memuatkan 10 buah lagu iaitu Sajadah Ka'bah, Amanah Allah, Illahi Lastu, Sholawat Al Badawi, Tujuh Putaran Bertawaf, Sucikan Hati, Kesempatan Kedua, Robbal Baroya, Sholawat penyejuk Hati dan Sholawat Qurania. Album ini juga dirakamkan bersama-sama dengan ustaz-ustaz penyanyi muda dari Indonesia.

 

Komposernya Cahaya Bunga Seragih memberitahu bahawa lagu ini telah dirakamkan 2 tahun lalu bersama almarhum Deddy Dores. Deddy Dores merupakan penyanyi lagenda dari Indonesia dan telah meninggal dunia pada 17 Mei 2016.

 

MB telah diberi kesempatan untuk ke Jakarta bagi membuat liputan bagi majlis pelancaran album ini.

 

 Kredit Foto : Mohd Redzuan (Cipot) 

 

''Telah hampir 25 tahun terlibat dalam dunia hiburan  dan kali ini adalah kali pertama terlibat dalam lagu berkonsep religi atau ketuhanan'' Ujar Rahmad Mega.

 

''Sajadah Ka'bah merupakan lagu yang luar biasa, mempunyai tarikan tersendiri, mempunyai aura yang hebat atau mempunyai rock dan dalam pencarian sesebuah lagu kita akan mencari X FAKTOR, Sajadah Ka'bah ada X Faktor itu'', Ujarnya lagi.

 

Ketika majlis pelancaran tersebut Guru kepada Almarhum Deddy Dores telah mengurniakan gelaran kepada beliau sebagai Dores Rahmad Agung. Rahmad juga menyatakan setiap bait-bait lagu tersebut merupakan dakwah terakhir Almarhum Deddy Dores kepada semua pendengar-pendengar di seluruh dunia.

 

 Muzik Video Sajadah Ka'bah

 

Pada sebelah malam pula, Konsert Tribute to Deddy Dores merupakan hari ulangtahun pertama pemergian Almarhum Deddy Dores telah disempurnakan dengan jayanya dengan kehadiran artis-artis selain Rahmat Mega seperti Endang S Taurina, Ammy Fara (DAA2), Maman Piul, Imaniar, Ratih Purwasih, Dina Mariana dan ramai lagi. 

MB mengucapkan terima kasih kepada Rahmad Mega & Penganjur yang telah membawa kami ke Jakarta bagi membuat liputan di sana. Tahniah Rahmad Mega!!!

 

Kredit Foto : Mohd Redzuan (Cipot)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.