Nikmati Lebih Nilai Lebih Ganjaran. Katakan Hello BuzzMe

FAKTA MENARIK BuzzMe :


Tempoh Sah Tanpa Terhad

Pertama di Malaysia menawarkan pelan langganan dengan tempoh sah tanpa had

Lebih Ganjaran

Pertama di Malaysia menawarkan pulangan kredit sehingga 20 peratus untuk penggunaan 'pay-per-use'

Reload Indulgence

Pertama di Malaysia menawarkan program 'Reload Indulgence'.

Tambah Nilai Termurah Dalam Secara Talian

Pertama di Malaysia menawarkan nilai tambah nilai terbaik secara dalam talian.

Pakej Bijak

Pertama di Malaysia menawarkan pakej yang menyeluruh pada kadar yang berpatutan kepada pengguna prabayar.

Pelan Perlindungan Kemalangan Diri Percuma

Kedua di Malaysia yang menawarkan pelan kemalangan diri percuma dengan nilai perlindungan sehingga RM100,000


BuzzMe merupakan satu jenama Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MNVO) terbaru oleh Enabling Asia Tech Sdn Bhd (EA) yang merupakan syarikat perkhidmatan telekomunikasi yang bermatlamat untuk menjadikan rangkaian BuzzMe sebagai perkihdmatan rangkaian mudah alih prabayar yang banyak memberikan ganjaran kepada pengguna setianya di Malaysia.


Menurut pengasas bersama yang juga bertindak selaku CEO, En. Loke Yee Siong, BuzzMe ditubuhkan pada Mei 2013 dibawah pengurusan Mobile 8 Telco SB, anak syarikat penuh milik EA. Bersama rakan stategik , U Mobile SB, EA berharap untuk menyediakan rangkaian mudah alih yang terkuat dan terpantas diseluruh negara.


"BuzzMe telah melalui penjenamaan semula pada bulan Ogos 2016 melalui proses pendigitalan dan strategi pasaran yang baharu dengan memperkenalkannya dalam imej yang lebih segar dengan kumpulan sasarannya terdiri daripada golongan GEN X, GEN, serta Millenial. Dengan tagline " BEYOND MOBILE, ENRICHING LIFE", EA sangat komited untuk pergi lebih jauh denan memberi lebih nilai kepada setiap pelanggan" katanya


Sebagai Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MNVO), BuzzMe menawarkan pelan pelang yang unik, inovatif serta berpatutan. Pelanggan yang telah membeli pek permulaan prabayar BuzzMeboleh melanggan pelan-pelan berikut melalui jumlah kredit yang terdapat didalam kad sim BuzzMe:


PELAN


SMARTER BUNDLE

Pelan menyeluruh yang memberi pulangan nilai sms,panggilan serta data.


SMART SURF

Pelan data yang berpatutan serta bijak bagi pengguna yang mementingkan penggunaan data internet.


SMART VALIDITY

Pelanggan boleh menikmati tempoh sah selama 365 hari pada kadar serendah RM38 sekali seumur hidup.


Sebagai nilai tambah , program ganjaran "Reload Indulgence" akan memberikan 5 jenis ganjaran hebat kepada pengguna BuzzMe setiap kali pengguna menambah nilai :


- Percuma 500MB data

- 2 kali ganda nilai kredit semasa bulan kelahiran yang didaftarkan

- Perlindungan Insuran Kemalangan Diri pada bulan berikutnya setiap kali pelanggan

menambah nilai minimum RM30

- Tambahan kredit sehingga 30% untuk tambah nilai secara dalam talian

- Peluang untuk memenangi pelbagai hadiah setiap kali pelanggan menambah nilai

RM100 dan keatas.


Melalui stor dalam talian EA, m8.com.my , para pelanggan BuzzMe boleh membuat pembelian pek permulaan, tambah nilai, peralatan serta aksesori telefon pintar mereka. Laman web tersebut turut menyediakan platform untuk proses ganjaran serta akaun bagi tujuan kemudahan pelanggan untuk berurusan dengan pihak EA . Pelanggan juga boleh menambah nilai akaun mereka melalui m8 Reload, satu bentuk perkhidmatan tambah nilai yang boleh didapati di 1,800 cawangan 7-Eleven dan 22,000 saluran E-Pay touch point diseluruh negara.


PEK PERMULAAN BuzzMe World Sim


EA baru baru ini memperkenalkan produk terbaru mereka, Pek Prabayar BuzzMe World SIM . Dengan tagline "ONE WORLD, ONE SIMCARD", pelanggan BuzzMe dapat kekal berhubung bukan sahaja di dalam Malaysia , malah diluar negara pada nilai yang berpatutan dengan melanggan kepada pelan telco yang tersedia di luar negara yang dilawati tanpa perlu membeli atau bertukar kepada kad sim tempatan di negara tersebut. Dengan BuzzMe, pelanggan tidak akan menghadapi sebarang masalah telekominikasi di hampir 200 buah negara kerana penyelesaiannya ada pada BuzzMe.


Untuk maklumat lanjut mengenai BuzzMe, sila lawati buzzme.com.my atau di platform media sosial mereka di Facebook dan Instagram |MYBuzz




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.