Sentuhan Kreatif ANUARFAIZAL Dalam Koleksi Aidilfitri 2017

May 31, 2017

ANUARFAIZAL Pereka Fesyen Kontroversi yang dulu sehingga digelar Pereka Fesyen Baju Raya Tanpa Baju ini terus positif dalam mengetengahkan serta mengukuhkan jenama beliau di peringkat pasaran tempatan dan seterusnya ingin menempa nama di persada antarabangsa.

 

Mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional, ANUARFAIZAL memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah ciri ciri yang ada pada pakaian tradisional. Ini telah menciptakan kontroversi daripada orang ramai yang merasakan bahawa ANUARFAIZAL terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.

 

Reaksi tindak balas yang terhasil telah memacukan publisiti buat jenama ANUARFAIZAL sebagai pereka "kontroversi". Pendekatan jenama ANUARFAIZAL dan strategi pemasaran yang “direct” dan berkesan bermula dari saat digelar “kontroversi”.

                   Kredit Foto @anuarfaizalofficial

 

Nama beliau menjadi bualan di kalangan Selebriti tempatan, menjadikan dirinya sebagai Couturier peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bagi bakal raja sehari; dengan memberi fokus khas kepada rekaan yang mewah, glamor dan elegan.

 

 

Pameran Seni dan Persembahan Fesyen ini dinaung oleh Galeri Seni Universiti Malaya dan amat diberi rangsangan daripada kurator galeri iaitu Puan Hazlin Anita yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang padu buat ANUARFAIZAL untuk mempamerkan hasil kerja yang terbaik buat semua yang hadir. Sebagai penyumbang dalam Gaya Hidup Malaysia, ANUARFAIZAL adalah ikon perniagaan yang boleh dipercayai dan bersedia untuk pasaran Antarabangsa. Ringkasnya, sebagai pereka yang pertama di Malaysia untuk mengadakan Pameran Seni & Fesyen selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, ANUARFAIZAL sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.

 

#AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Aidilfitri untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang telah berada di pasaran mulai bulan Mei 2017 lagi.

 

 

Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

 

Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai "AIR-FLEX". Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas dan lembap di negara kita, FLEKSIBEL, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang MINIMAL; sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.

 

Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.

 

 

Koleksi ini boleh didapati secara talian di semua laman media sosial @anuarfaizalofficial

 

KEMBARA ANUARFAIZAL

 

Demi meneruskan tradisi kempen fesyen ANUARFAIZAL, 2015 di Bangkok, Thailand dan Acheh, Indonesia dan 2016 di Jakarta, istimewa 2017, ANUARFAIZAL telah mengembara ke salah satu keajaiban 7 dunia kuno iaitu Angkor Wat di Kemboja.

 

 

 

Perjalanan ini mendapat dorongan dari THEKLSKYCLINIC dan dikemudikan oleh 3 pelakon muda Malaysia yang berbakat besar. Mereka adalah ARIFF AZIZ, NAFIEZ ZAIDI dan QAYYUM AMINULLAH. Mereka dipilih atas pelbagai faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat. Di samping itu juga, wajah komersil mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh menonjol kepada demografi yang lebih luas. Tambahan pula, untuk membuktikan bahawa pakaian kami adalah fleksibel, ketiga-tiga mereka memakai saiz M sewaktu pengambaran kempen fesyen kami. 

 

ANUARFAIZAL merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh KERAJAAN KEMBOJA kerana di dalam keadaan lazim, pergambaran fesyen adalah DILARANG di kawasan kuil. Untuk ini, ANUARFAIZAL merasa amat terharu berterima kasih atas peluang yang diberi.

 

Kempen ini lebih condong ke arah fotografi seni halus dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang mantap dan moden adalah produksi UNISEX PRODUCTION dan telah dirakam di 5 lokasi yang berbeza di Siem Reap, Kemboja dalam tempoh dua hari.

 

ANUARFAIZAL berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian lelaki yang moden untuk musim perayaan. MYBUZZ

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.