5 Lokasi Berbuka Puasa Pada Harga Kurang dari RM100

June 2, 2017

 

Alhamdulillah, diam tak diam dah seminggu umat Islam berpuasa. Dalam kita dari menjalani serta memenuhi tuntutan rukun Islam kelima ini, sudah pastinya ramai diantara kita yang mencari cari lokasi atau tempat untuk berbuka puasa nanti. 

 

Kalau dilihat dua tiga hari kebelakangan ini, carian di Google berkenaan lokasi atau hotel yang menyajikan sajian buffet Ramadhan seolah oleh dah jadi trending. Tak kurang juga yang viral di media sosial mengadakan kempen untuk memboikot buffet Ramadhan kerana dikaitkan dengan pembaziran di bulan yang penuh dengan keberkahan ini. Apapun terpulang pada setiap individu tersebut bagaimana untuk menerimanya.

 

OK! Untuk Ramadhan 2017, MB nak share dengan korang semua 5 lokasi si sekitar Kuala Lumpur serta Shah Alam yang menawarkan buffet Ramadhan di bawah harga kurang dari RM100. Mungkin ini dapat menjadikan panduan buat korang yang ingin mencari kelainan untuk berbuka puasa mengikut bajet masing-masinglah. Bak kata pepatah seluk poket, tanya selera.

 

1. BUFFET RAMADHAN 'NOSTALGIA DULU-DULU' HOTEL PURI PUJANGGA, UKM BANGI

 

Sempena Ramadhan 2017, Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi menawarkan buffet Ramadhan pelbagai sajian juadah tradisi serta sajian timur tengah.  Mengambil konsep 'Nostalgia Dulu-Dulu, pakej berbuka puasa disini bakal mengimbau kembali ke era tahun 50an-60an.

 

Antara juadah yang bakal disajikan kepada pengunjung terdiri daripada gabungan beberapa juadah negara Asia dan Timur Tengah antaranya Nasi Mandy, Puyuh Goreng Berempah, Pelbagai jenis Kerabu, Ayam Masak Lemak Pinang Pilah, Kambing Masak Kuzi, Daging Masak Dinding, Grilled Chicken Teriyaki, Tenggiri Asam Pedas Melaka, Mixed Vegetable Tempura, Pecal Kampung, Satay, Ikan Bakar, Mee Kari, Mee Rebus serta hidangan wajib setiap kali Ramadhan , Kambing Panggang. Selain dari buah buahan tempatan, pelbagai jenis manisan turut disediakan antaranya, Sago Gula Melaka, Ketayap, Onde-Onde, Tiramisu, Chocolate Profiteroles, Strawberry Mousse, Red Velvet Cupcake, Aneka Bubur Manis, Bubur Lambuk dan kuih muih tradisional Melayu yang lain berserta minuman.

Pakej yang ditawarkan oleh Hotel Puri Pujangga kepada pengunjung yang ingin berbuka puasa di sini amat berpatutan dengan harga seperti dibawah:

 

DEWASA            : RM69.90 bersih seorang

KANAK-KANAK: RM34.90 bersih seorang

 

Maklumat lanjut sila lawati www.puripujangga.com.my manakala tempahan boleh dibuat melalui telefon di talian 03-89222891 atau emel di reservation@puripujangga.com.my

 

2. 'JOM BERBUKA PUASA' HOTEL BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM

 

Terletak dalam komplex taman tema i-City yang serba modern, Hotel Best Western i-City Shah Alam  menawarkan pengalaman berbuka puasa dengan hidangan ala kampung yang pasti mencuti deria rasa para pengunjung yang ingin berbuka puasa disini. Menjadikan The View Cafe sebagai tempat berlansungnya buffet Ramadhan tahun ini, sudah pasti membuat para pengunjung terbuai dengan keindahan Shah Alam pada waktu senja tatkala menanti masuk waktu berbuka

 

Antara menu yang menjadi pilihan istimewa Hotel Best Western i-City Shah Alam untuk disajikan kepada pengunjung adalah gabungan resepi Melayu , Cina dan India antaranya Kari Kepala IKan , Nasi Beriyani Kambing, Kambing Golek, Murtabak Raja, Kari Kepala Ikan, Paru Berlado, Rendang Tok, Ayam Masak Merah, Satay, Kelainan yang cuba ditonjolkan oleh Hotel Best Western i-City Shah Alam pada tahun ini adalah sajian 14 Jenis Laksa mengikut 13 negeri di Malaysia. 

 

 

Satu lagi tarikan disini ialah pengunjung boleh menikmati sajian berbuka puasa di kawasan open air yang berada di luar View Cafe ini sambil menikmati suasana malam bandaraya Shah Alam serta pertunjukan lampu neon di taman tema i-City yang terletak disebelahnya. Buffet bermula dari jam 7 petang sehingga 10 malam.

 

DEWASA            : RM98.00 bersih seorang

KANAK-KANAK: RM49.00 bersih seorang

 

Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat melalui telefon di talian 03-55219000 atau emel di enquiry@bestwestern-icity.my

 

3. CITARASA 2 SEMPADAN - UTARA MALAYSIA & THAI, LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

 

Laman Kayangan amat sinonim  dengan venue pilihan ramai bagi mengadakan majlis keraian, perkahwinan serta pameran merupakan struktur yang berasaskan 'Marquee Tent' yang dibina bersebelahan dengan Dewan Serbaguna Raja Muda Musa di Seksyen 7 , Shah Alam.

 

Ramadhan tahun ini, Laman Kayangan berkerjasama dengan perkhidmatan penyedia makanan Segi Seri Group membawakan hidangan juadah berbuka puasa secara buffet bercitarasa dua negara, Malaysia dan Thailand. Antara menu makanan citarasa Malaysia yang disediakan adalah seperti Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, sup tulang, ayam berempah, ikan lemak tempoyak, daging acar dan banyak lagi. Manakala menu makanan citarasa Thai pula adalah seperti Nasi Goreng Nenas, Ayam Kari Hijau Terung Pipit, Daging Musamman dengan Rebung (NeuxMusammanNhoMaopai), Ikan Daun Selasih dengan Cili, pelbagai sos istimewa dan banyak lagi. Tetamu juga turut boleh merasai Kambing panggang yang disediakan dengan tiga sos istimewa.

 

Istimewa pada tahun ini, para pengunjung yang ingin dapatkan produk Kak Ogy, seperti Sambal Ikan Kurau Berlado, Paru Goreng Nek Mon dan Sambal Goreng Saadiah bolehlah dapatkan di Laman Kayangan yang akan dipasarkan sepanjang buffet Ramadhan 2017 

 

DEWASA            : RM59.00 bersih seorang

KANAK-KANAK: RM35.00 bersih seorang

 

Maklumat lanjut sila lawati www.segiseri.com/ramadan2017 manakala tempahan boleh dibuat melalui telefon di talian 019 – 250 3090 / 012 – 253 3973 / 012 – 387 1775 / 019 – 376 0149 atau emel di sales@segiseri.com

 

4. BUFET RAMADHAN BERSAMA 'CHEF BADRUL', LEMONGRASS CAFE WP HOTEL KL

 

Diantara kesemua tempat yang saya kongsikan rebiu bersama pembaca, saya amat sukakan bufet Ramadhan yang disajikan di hotel ini. Siapa sangka hotel yang mendapat penarafan 4 bintang ini menawarkan nilai hebat kepada pengunjung yang memilih untuk berbuka puasa disini. Hotel ini telah melalui beberapa fasa pembaikan dan kini tersergam indah dikawasan pusat bandaraya berhampiran Chow Kit Road dan kawasan ikonik KL, Jalan TAR.

 

Tahun ini Cafe Lemongrass, WP Hotel menyajikan resipi air tangan Chef Badrul, yang terdiri daripada hidangan dari utara,selatan, serta pantai timur. Makanan seperti peha kambing bakar, asam pedas pari, gulai ketam masak cili padi, sotong sumbat, kari kepala ikan, gulai daging, laksa, mee rebus dan bermacam macam lagi termasuk kueh muih serta pemanis mulut. Pendek kata WP merupakan lokasi paling ideal untuk berbuka di Kuala Lumpur.

 

Selain harga, WP Hotel turut menyediakan kemudahan surau untuk umat islam menunaikan solat  di tingkat 2. Juga terdapat Masjid Kampong Baru yang terletak berhampiran dengan hotel ini. WP Hotel juga berada di Jalan TAR, jadi lepas berbuka apalagi yang boleh dibuat selain dari membeli belah untuk persiapan Aidilfitri nanti.
 

HARGA BUFFET RAMADHAN DI WP HOTEL KUALA LUMPUR 

 

  • RM60nett/bersih - 27 Mei - 10 Jun 2017

  • RM68nett/bersih - 11 Jun - 23 Jun 2017

  • RM30nett/bersih -untuk kanak kanak yang berumur 4 - 12 Tahun & Warga Emas 55 Tahun ke atas.

*RM50nett/bersih untuk mereka yang membuat tempahan awal, bermula dari 1 - 14 Mei 2017

 

WP Hotel juga menyediakan seleksi menu bermula dari RM88/seorang (Mininum 100 orang) untuk mereka yang ini mengadakan private "Buka Puasa" gathering. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi pihak WP Hotel.

 

Reservation for Buffet Ramadhan

03-6181188 ext 3  for Lemongrass Cafe

03-6181188 ext 606 for Sales Department

 

5. 'GEMA RAMADHAN' TRADISI KAMPUNG THE VENUE SHAH ALAM

 

OK. Lokasi terakhir yang MB nak syorkan pada semua pembaca ni pun best . THE VENUE, Shah Alam satu lagi lokasi terbaru di Seksyen 21 , Shah Alam yang menyediakan perkhidmatan lokasi acara. Premisnya yang terletak di kawasan industri ringan ini telah diubahsuai menjadi ruang dewan bagi sesiapa yang ingin mengadakan majlis resepsi, keraian, pameran . Sebut je apa saja jenis majlis pasti mereka dapat memenuhi permintaan anda.

 

Bercakap fasal bufet Ramadhan , tahun ini merupakan tahun pertama THE VENUE mengadakan acara sebegini. Antara menu menarik adalah seperti Daging salai masak lomak cili padi omak den (Specialty Daging Di salai menggunakan arang) , Kambing Golek Resepi Turun Temurun, Ikan patin masak tempoyak, Gulai Kawah Aloq Setaq, Asam pedas ikan pari melaka, dan banyak lagi.

 

 

DEWASA            : RM63.00 bersih seorang

KANAK-KANAK: RM43.00 bersih seorang

 

Kemudahan yang disediakan disini berkonsepkan Hotel Grand Ballroom. Terdapat surau lelaki & perempuan berasingan, selesa dan besar. Seluruh dewan dilengkapi dengan pendingin hawa. Boleh la booking awal2 ye. Minimum 1 Table (10 orang). Konsep tahun ni, gathering bersama rakan2 & keluarga. Tempahan harus dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bagi mengelakkan tempahan penuh. Untuk tempahan, sila hubungi THE VENUE, SHAH ALAM melalui Whatsapp di 019-8585825019-8585825019-8585825

 

OK kami harap perkongsian ini dapat membantu korang yang nak berbuka ala buffet pada harga yang ekonomi serta mampu bayar | MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.