Antabax, Sinar FM Anjurkan Cabaran Pantun!

June 3, 2017

Antabax bersama dengan Sinar FM menganjurkan Cabaran Pantun Ramadan ini bermula Jun 5, 2017.

 

 

Nak menang hadiah-hadiah bernilai lebih RM12,000 termasuk peluang eksklusif berbuka puasa dengan DJ Sinar FM?

 

Barisan produk penjagaan diri anti-bakteria nombor 1 Malaysia, Antabax bersama dengan stesen radio Bahasa Malaysia nombor 2, Sinar FM, 'Menyinari hidupmu', telah berkolaborasi untuk membawakan cabaran pantun yang bertumpu kepada kebersihan tangan sempena Ramadan ini.
 
Pertandingan Buka Puasa Sinar Bersama Antabax itu akan menawarkan 20 pemantun terhebat dan tiga daripada handai taulan paling akrab dan rapat mereka peluang untuk berbuka puasa bersama para DJ Sinar FM iaitu Salih Yaccob dan Feeya dalam satu majlis eksklusif di Restoran Istana Bambu, Ampang. Mereka juga bakal menerima hadiah-hadiah berbentuk tunai dan barangan Antabax bernilai RM150 atas jawapan-jawapan pantun paling berdaya cipta diberikan.
 
Pertandingan berkenaan akan berlangsung dua kali sehari antara pukul 10 pagi hingga tengah malam selama dua minggu bermula 5 Jun hingga 16 Jun, 2017. Dua pemenang akan dipilih setiap hari menjadi kan jumlah pemenang secara keseluruhan, 20 orang.
 
Kaedah pertandingan adalah mudah; lengkapkan dua baris terakhir pantun empat kerat yang mana ia mestilah seirama dengan dua baris pertama yang merupakan korus lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik iaitu;

 

Gosok-gosok di tapak tangan,

Gosok-gosok di celah jari…,

 

Oleh itu siapkan jawapan anda dan pukau DJ Sinar FM dengan kepetahan dan kebijaksanaan anda.
 
Untuk para pendengar Sinar FM dan MY FM di Lembah Klang, kruiser  kedua-dua stesen berkenaan akan mengedarkan tisu poket anti-bakteria Antabax dan sampel krim mandian untuk kebersihan yang lebih baik dengan, atau tanpa memerlukan air. Dengarkan Sinar FM dan MY FM untuk mengetahui lokasi kruiser mereka bagi mendapatkan barangan Antabax berkenaan.
 
Menurut Pengurus Kanan Jenama Bahagian Barangan Penjagaan Rumah & Peribadi Jabatan Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Mandy Lee, Antabax memahami keperluan mereka yang sibuk yang mahu menjaga kesihatan serta kebersihan sewaktu berada di luar terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya.
 

Kekal segar sepanjang musim Ramadan ini dengan varian Antabax Fresh!


“Antabax ialah barisan produk penjagaan diri anti-bakteria Halal nombor 1 di Malaysia. Kami memahami sikap para pelanggan dan menyedari mereka menjalani gaya hidup yang aktif walaupun ketika Ramadan. Ini sebabnya kami mengedarkan barangan keperluan seperti tisu anti-bakteria bersaiz biasa untuk mereka membersihkan kotoran tanpa memerlukan air serta pek contoh krim mandian untuk pembersihan menggunakan air.
 
“Sebagai jenama abad ke 21 Malaysia, kami juga memberikan tumpuan kepada memelihara kesenian tradisi yang indah seperti pantun dan telah menambahkan sedikit keceriaan yang mengaitkannya dengan jenama ini bagi mengingatkan pengguna agar sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami tahu ramai dalam kalangan pengguna menggemari lagu-lagu yang dimainkan di MY FM dan Sinar FM, serta personaliti DJ Sinar iaitu Salih Yaccob dan Feeya, jadi sebahagian daripada hadiah kemenangan yang ditawarkan ialah berbuka puasa dengan kedua-dua suri teladan berkenaan,”
kata beliau.
 
Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim, maklum balas yang diberikan pendengar menunjukkan mereka amat teruja untuk berbuka puasa yang mana ada dalam kalangan mereka menyatakan kesukaran untuk tiba pada masanya ke rumah untuk berbuka puasa atau mencari tempat untuk berbuka puasa menyebabkan mereka terpaksa beriftar di dalam kereta atau pengangkutan awam.
 
“Keperluan untuk mendapatkan perlatan pembersihan ketika bergerak adalah besar terutamanya ketika Ramadan dan Antabax telah menyelesaikan masalah ini. Sinar FM amat berbangga dapat berkolaborasi dengan Antabax dalam sebuah program yang mendidik dan ceria yang mana dalam masa menghidupkan kembali minat terhadap pantun", kata beliau.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cabaran ‘Buka Puasa bersama pengacara Sinar’, sila lawati laman Facebook kami di pautan facebook.com/NewAntabaxor dan dengarkan Sinar FM kemas kini terkini |MYBuzz

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.