Promosi 3 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Kini Kembali!

June 3, 2017

 

AirAsia kini menawarkan kembali promosi kira-kira tiga juta tempat duduk percuma bagi kempen terbaharu untuk tempoh perjalanan antara 15 Jan-28 Ogos, 2018.

 

Tempahan yang boleh dibuat mulai 5 Jun sehingga 11 Jun, 2017, membolehkan pelanggan menikmati tambang serendah RM0 ke destinasi-destinasi termasuk dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Surat Thani, dari Pulau Pinang ke Langkawi dan Singapura serta dari Johor Bahru ke Terengganu.

 

Penumpang yang menaiki AirAsia X pula berpeluang menikmati tambang serendah RM199 bagi destinasi Kuala Lumpur ke Perth dan Chongqing selain dapat menggunakan kemudahan katil rata premium yang mendapat anugerah, untuk destinasi dari Kuala Lumpur ke Beijing, Shanghai, Osaka, Busan, Auckland, Gold Coast dan destinasi lain pada tambang hanya RM899.

 

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata tawaran tempat duduk percuma itu merupakan peluang terbaik yang perlu dimanfaatkan orang ramai untuk merancang jadual percutian mereka bagi tahun depan.

 

"Menerusi tawaran ke pelbagai destinasi menarik itu, ia amat sesuai dijadikan peluang untuk mereka bercuti panjang atau singkat pada hujung minggu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Malah tawaran kemudahan katil rata di bawah ''The Premium Flatbed'' serta ''Premium Flex'' itu turut disertakan dengan insurans perjalanan bagi semua penerbangan terus dari Malaysia ke Thailand.

 

Pemegang kad prabayar BIG AirAsia boleh membuat tempahan di airasia.com, AirAsiaGo dan AirAsia Expedia manakala pemegang akaun Citibank di Malaysia pula akan mendapat tawaran eksklusif yang mana 100 tempahan pertama harian dengan Kad AirAsia-Citi berpeluang menerima hadiah baucar elektronik RM50 AirAsia. Maklumat lanjut sila layari www.airasia.com|MYBuzz

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.