Botaneco Garden dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia Lancar Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017

June 6, 2017

Satu Peratus daripada Jualan Keseluruhan Produk Botaneco Garden Sepanjang Bulan Jun dari Guardian di Seluruh Negara Akan Disalurkan Untuk Usaha Penghutanan Semula Paya Bakau di Kuala Selangor.

(Dari kiri) Cik Michelle Yeap, Pengurus Produk, Group Health & Beauty Private Label The Dairy Farm Group, Cik Christina Low, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia Sdn Bhd dan En I.S Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif, Persatuan Pencinta Alam Malaysia semasa pelancaran kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’. Satu peratus daripada semua jualan produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun dari cawangan Guardian di seluruh negara akan disalurkan kepada usaha penanaman semula hutan Paya Bakau di Kuala Selangor.

 

Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan acara tahunan terbesar yang menyokong alam semula jadi kearah yang lebih positif. Tema sambutan tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar (Connecting People to Nature). Ia merupakan peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung kepadanya, selain menyeru melindungi bumi yang kita kongsi bersama ini. 

 

Sebagai maklum balas terhadap seruan itu, Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut serta badan yang inovatif dan sofistikated, yang diperbuat daripada gabungan kandungan botanikal dan minyak-minyak yang mendapat pengiktrafan eco; menjalin kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk melancarkan kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’

 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ akan menyalurkan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh Persatuan Pencinta Alam di Kuala Selangor.

 

(Dari Kiri) Cik Michelle Yeap, Pengurus Produk, Group Health & Beauty Private Label The Dairy Farm Group, Cik Christina Low, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia Sdn Bhd dan En I.S Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif, Persatuan Pencinta Alam Malaysia bersama produk-produk Botaneco Garden. 

 

Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Sdn. Bhd., Christina Low, sokongan Botaneco Garden terhadap Hari Alam Sekitar Sedunia dilihat selari dengan falsafah jenama serta gaya hidup dan keprihatinan para penggunanya. 

 

“Botaneco Garden mempunyai kelompok pengguna yang bijak dan sayangkan alam sekitar. Koleksi ini mengandungi ramuan yang mesra alam dan ditawarkan pada harga mampu milik. Pada masa sama, ramuan terpilih ini dihasilkan secara beretika dan prihatin kepada alam untuk memenuhi keperluan pengguna yang mengambil berat terhadap alam semula jadi, seterusnya mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya.   

 

“Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ dengan MNS yang membantu usaha penghutanan semula kayu bakau di Kuala Selangor sememangnya cukup sesuai dengan kami dan pengguna. Sebab itulah kami menganjurkannya sepanjang bulan Jun ini,” jelas Low. 

 

 

Persatuan Pencinta Alam (MNS) ialah persatuan bukan kerajaan yang paling besar dan tertua di Malaysia. Fokus MNS adalah untuk memulihara kepelbagaian habitat di Malaysia, melindungi warisan alam semula jadi negara, terutamanya landskap ekologi yang sensitif. Hutan paya bakau dikategorikan sebagai landskap ekologi yang sensitif. 


Paya bakau memberi pelbagai manfaat kepada ekosistem. Ia menyediakan tempat tinggal

serta makanan kepada haiwan akuatik dan marin, serta burung-burung yang bermigrasi. Ia juga bertindak sebagai penampan ribut, penampan pasang surut dan arus air, mengurang-kan pencemaran air serta menghalang hakisan tanah di bahagian pantai.

  

Katanya, jenama ini telah menetapkan sasaran untuk menanam 200 batang pokok kayu bakau daripada dana yang dapat dikumpulnya nanti. 

 

“Kami harap pengguna akan mendalami dan mempraktikkan mesej Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 iaitu Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar, serta memberikan sokongan mereka terhadap kempen Plant A Seed, Grow A Forest,” jelas Low lagi

 

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam, I.S Shanmugaraj Subramaniam menyatakan bahawa sokongan terhadap langkah pemuliharaan alam sekitar  semakin berkembang di Malaysia. Jenama-jenama seperti Botaneco Garden membantu meningkatkan kesedaran, selain menyediakan landasan untuk para pengguna mengambil bahagian dan memberikan sumbangan. 

 

Cenderamata unik, gubahan tanaman hiasan dalaman Sireh Puteri oleh Botaneco Garden dan Persatuan Pencinta Alam Sekitar sempena kempen 'Plant A Seed, Grow A Forest'

 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden bermula pada 1 Jun dan berakhir 30 Jun 2017. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda untuk menyokong kempen ini.  


 

PRODUK BOTANECO GARDEN

 

 Rangkaian produk-produk Botaneco Garden

 

Produk-produk Botaneco Garden merangkumi Organic Argan & Virgin Olive Oil, Organic Inca Inchi & Aloe Vera serta rangkaian Trio Oil yang revolusionari. Koleksi itu terdiri daripada Pembersih Badan, Mentega Badan, Krim Badan, Krim Pelembap Badan, Krim Mentega Badan), Skrub Badan, Krim Tangan serta Losen Badan, selain dari koleksi penjagaan rambut iaitu Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Serum Rambut. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh negara dan Guardian e-store. Terdapat lebih 400 cawangan Guardian di seluruh negara.

 

Formulasi koleksi produk Botaneco Garden bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. Ini memberi ketenangan minda kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan produk yang mesra alam. Ia juga diuji dan terbukti dari segi dermatologi. |MYBuzz

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.