Ressa Herlambang Ingin Bawa Artis Malaysia Ke Indonesia

June 8, 2017

Ressa Herlambang, 32 tahun, seorang penyanyi kelahiran Indonesia yang pernah dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki R &B Terbaik Asia Bagus 1999 dan juga pernah terkenal dengan jolokan Justin Timberlake Indonesia.

                                              Ressa Herlambang -  Kredit  Foto: http://celebrity.okezone.com

 

 

Ressa yang dikatakan telah menyepi dari Industri Muzik Indonesia hampir 8 tahun, Beliau kini datang ke Kuala Lumpur dengan membawa misi mahu menjalinkan kerjasama kreatif dua hala di antara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam industri muzik. 

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Menyesal ini telah membawa RH Productions ke Malaysia ingin menawarkan kerjasama dengan syarikat produksi tempatan yang berminat untuk memasarkan produk muzik atau artis itu sendiri bagi menembusi pasaran di Indonesia. Artis-artis tempatan yang berminat tersebut dengan tidak mengira genre, RH Productions sedia berkoloborasi dari segi lagu single, album dan rangka promosi, peluang persembahan di radio dan TV kelak.

 

''Inilah misi terbaharu saya setelah 12 tahun berjuang sebagai orang seni. Dengan pengalaman dan hubungan baik dengan pihak media serta badan penyiaran di Indonesia, saya akan memanfaatkan untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dari Malaysia selain Indonesia sendiri''. Ujar Ressa Herlambang.

 

''Ia tentuya membabitkan sejumlah pelaburan yang bersesuaian di pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan kami dan kami akan menyusun segala agenda penerbitan, promosi dan persembahan dengan sebaik mungkin''. Ujarnya lagi.

 

''Langkah ini diharapkan dapat melupuskan stigma bahwa karya dan lagu-lagu dari Malaysia sukar menembusi pasaran Indonesia. Bagi saya lagu atau karya itu tiada masalah sebenarnya kerana sudah lama terbukti lagu-lagu nyanyian Datuk Sheila Majid, Search dan Slam boleh diterima oleh pendengar Indonesia jika ia merdu dan boleh difahami oleh pendengar Indonesia''. Kata Ressa lagi.

 

Semasa sidang media secara iftar santai bersama beliau, beliau memberitahu bahawa kualiti amat penting, oleh itu setiap artis yang berminat akan disaring terlebih dahulu dari segi lagu atau genre, penyanyi dan persiapan artis itu sendiri. Jika diterima segala kontrak amatlah jelas bagi memastikan setiap kerjasama ini adalah berbaloi di antara kedua-dua belah pihak.

 

Sebagai langkah permulaan, RH Productions akan bekerjasama dengan Sutra Media & Communication, Ellyna Ali di talian 016-384 0304 untuk merealisasikan hasrat ini.

 

RH Productions adalah milik penuh Ressa sendiri bersama rakan kongsinya iaitu Ridho Madolofa.

 

 

Pada masa yang sama, pihak media telah diperkenalkan seorang  bintang baru yang berbakat  Indonesia iaitu Fedi.  Fedi berumur 17 tahun dan merupakan penyanyi pertama sepenuhnya dibawah RH Production dan seterusnya mempertaruhkan lagu single pertamanya iaitu Jatuh Cinta. - MYBUZZ

 

 

 

                         Foto: Fedi

 

 

                                                                        Klip Video Jatuh Cinta - FEDI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.