MAK SITI Sasarkan Jualan RM30 Juta Tahun Hadapan Dengan Keluaran Produk Baru

Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).


Generasi kedua pasangan usahawan tersebut kini diwarisi oleh anak mereka iaitu Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.


Produk-Produk Keluaran Tradisi MAK SITI


Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).


Produk Keluaran Terbaru oleh MAK SITI


Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.



'KIta menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta bagi produk baru dan keseluruhan jualan sebanyak RM30 juta pada tahun hadapan' Kata Puan Siti Khawa, Pengurus Besar.


'Saya berpegang kepada tenaga kerja yang berdedikasi, hasil yang bermutu dan sentiasa membuat pembaharuan dalam memasarkan produk kami'' Kata Puan Siti Khawa.





Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).


Sidang media pelancaran semula ini telah turut diadakan Majlis Berbuka Puasa dan juga meraikan anak-anak yatim serta dimeriah lagi dengan kehadiran seperti selebriti Azharina Azhar, Chef Zam dan lain-lain.


Sebarang info mengenai produk MAK SITI bolehlah melayari www.maksiti.com serta di Facebook www.facebook.com/rempahratusmaksiti & Instagram www.instagram.com/rempahratusmaksiti


MYBUZZ





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.