Vivo V5s - Swafoto Sempurna Kini Dalam Warna 'Hitam Matte'

June 20, 2017

Berita gembira buat peminat setia telefon pintar jenama Vivo! Vivo Malaysia baru baru ini telah mengumumkan warna terbaru iaitu hitam Matte (Black Matte) untuk model terbarunya vivo V5s,  telefon pintar yang memfokuskan kepada penggunaan swafoto (selfie) yang akan memberi pengalaman swafoto sempurna  yang anda impikan.

 

Memfokuskan kepada segmen pasaran untuk golongan muda, semua telefon pintar dalam siri V5, didatangkan dengan kamera hadapan 20MP dan kamera belakang 13MP. Apa yang menarik, model V5s terbaharu ini, dilengkapkan dengan fungsi terkini 'Swafoto Cahaya Lembut' (Selfie Softlight) yang mana ia berfungsi untuk mendorong cahaya semulajadi ke bahagian muka dan menjadikan gambar yang diambil terang tanpa mengira kepada kondisi cahaya semasa dan bebas silau. Fungsi menarik ini membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto yang sempurna dan bebas cela.

 

Model Vivo V5s telah menerima banyak respon positif dari pengguna dan menjadikannya antara model pilihan rakyat Malaysia. Sebagai menghargai sokongan serta sambutan oleh pembeli, Vivo V5s ditawarkan dalam warna terbaru dan lebih menarik, — vivo V5s Matte Black!

 

 

"Kamera hadapan 20MP V5s's menawarkan pengguna pengalaman selfie terhebat, Vivo V5s telah  diiktiraf sebagai telefon pilihan untuk penggemar selfie. Setiap hari, lebih daripada 10 juta selfie dirakankan diseluruh dunia dengan menggunakan Vivo V5s ", kata Pengurus Penjenamaan, Simeon Sia.

 

Selain daripada perbezaan warna, Vivo V5s Black Matte ini masih kekal hadir dengan spesifikasi dan harga yang sama. Vivo V5s menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 720p, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Selain itu terdapat 2 fungsi terbaru iaitu, Face Beauty 6.0 dan Group Selfie selain FunTouch OS 3.0 yang disokong oleh sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.

 

 

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan Vivo V5s ini pada harga RM1299, dalam pilihan warna 'Black Matte' ini telah mula dijual  sejak17 Jun 2017 . Maklumat lanjut boleh didapati di laman Vivo Malaysia di www.vivo.my . |MYBuzz

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.