Jameela Street & Black Box@SACC Mall Rai 40 Anak Yatim Sempena Ramadhan Fest 2017

June 25, 2017

 

Kemunculan Aidilfitri yang tiba dapat dirasai kehangatannya dengan suasana membeli-belah di Jameela Street serta acara di Black Box@SACC Mall pada Ramadhan lalu terutama melalui program Ramadhan Fest  yang meraikan 40 anak yatim dari Sekolah Rendah Ibn Khaldun dengan majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan cenderahati serta duit raya. Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh penyanyi seperti Zaiton Sameon, Elda Susanti, Thalia Mentor, Nas (KEO), Shaara Ekhnor dan Siti Fairuz

 

"Sebagai salah satu aktiviti di bulan Ramadhan dan semangat untuk menyumbang semula kepada masyarakat, kami berharap dengan adanya inisiatif berupa tanggungjawab spsial korporat ini dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dapat meninggalkan impak yang besar, bukan sahaja kepada kami, bahkan juga kepada masyarakat", kata Ketua  Pegawai Eksekutif PKNS REal Estate SB (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani ketika ditemui pada majlis itu.

 

 Sesi pemberian duit raya kepada 40 pelajar 40 anak yatim dari Sekolah Rendah Ibn Khaldun oleh (kiri) Encik Jedan dan (kanan) Sr Fakhru Radzi Ab. Ghani

 

Program Ramadhan Fest pada petang itu turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street By Jedan yang disempurnakan oleh Sr. Fakru Radzi mewakili PKNS selaku pemilik bangunan sekaligus memperkenal dan menaikkan nama  ruang acara Black Box di SACC Mall yang diwujudkan oleh PREC bagi menyediakan ruang sewaan untuk pelbagai acara selain dapat memberikan ruang buat penggiat seni untuk menonjolkan  bakat mereka.

 

Ruang sewaan Black Box yang terletak di tingkat 2 SACC Mall memberikan kelainan di dalam pusat membeli belah ini kerana  menyediakan 4 pilihan ruang yang berlainan (InBox, OutBox, OpenBox dan Black Hall) kepada pengurus acara khasnya  untuk dijadikan salah satu lokasi pilihan untuk acara yang diadakan seperti majlis resepsi pertunangan dan perkahwinan, sesi penggambaran, perasmian produk, pertunjukan fesyen, pelancaran album  dan pelbagai lagi yang mana kadar sewaan ditwarkan pada harga serendah RM500 sehari.

 

"Kami lihat keperluan ruang sewaan pada waktu ini amat diperlukan selaras dengan permintaan semasa yang dilihat sebagai trend dimana orang ramai memilih untuk mengadakan majlis  atau acara mereka di lokasi lain selain kediaman, dewan , balai raya dan sebagainya," ujar Sr. Fakru Radzi.

 

Sementara itu sebanyak 23 jenama telah dipilih untuk mewarnai Jameela Street tahun ini antaranya Ziana Zain World, Jannah By Jemari Kreatif, Iddyqa, Casa De Esilista, Tina K, Anis Al Idrus Wardrobe, Hijrah Couture. Wafa's Closet, Beyoutiful By Irene Catalina, Balqees By Jedan, Kamoora, Herz Secret dan lain lain lagi. |MYBuzz

 

Untuk pertanyaan lanjut berhubung Black Box@SACC Mall dan Jameela Street, sila hubungi :

 

Black Box@SACC Mall : 03-55104600 atau (Nirwan) 017-2747486 dan (Saidatul) 010-2252911

Instagram: blackboxsaccmall

 

Jameela Street : (Arsyad) 019-6829476 dan (Shahidan) 012-2728121

Instagram: Jameela Street

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.