Monspace Theatre Tawar Kemudahan Pentas Buat Karyawan Tempatan Tonjol Bakat Dan Realisasikan Impian

July 15, 2017

 Pengasas merangkap CEO Monspace Theater, Datuk Sri Jessie Lai 

 

'Ruang pentas yang dinamakan Monspace Theatre yang terletak di Nouvelle Hotel, Sungai Besi ini menawarkan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang serba canggih kepada penggiat seni untuk mengadakan sebarang majlis hiburan atau konsert'.

 

Sebagai platform untuk mengetengahkan kreativiti dan personaliti karyawan tempatan tanah air, sebuah pentas khas diperkenalkan buat penggiat seni hiburan untuk mengekspresikan bakat serta galakan kepada lebih ramai penggiat seni tempatan untuk membuat persembahan pentas.

 

Tambahan pula, dewasa ini kos untuk menganjurkan suatu acara atau majlis memerlukan kos yang amat tinggi bagi sesetengah artis-artis tempatan untuk mempromosikan bakat, jenama ataupun produk beliau mahupun syarikat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam bidang kesenian tempatan.

 

Justeru itu Pihak Hype Hotel & Monspace Entertainment sebagai sebuah syarikat yg juga berkecimpung di dalam bidang perhotelan & seni (hiburan) mengambil inisiatif ini untuk membantu artis-artis baru dan lama negara untuk terus berdaya maju dan dapat mengembangkan lagi bakat beliau di persada antarabangsa dengan memperkenalkan tempat yang sangat kompetitif dan menyediakan pelbagai kemudahan.

 

 Sekitar majlis perasmian Monspace Theater di Hotel Nouvell, Sungai Besi baru baru ini

 

Menurut Pengasas Monspace Theatre, Datuk Sri Jessie Lai, pentas ini direalisasikan sebagai salah satu inisiatif dalam menyumbangkan peluang, dan mengembangkan kreativiti serta menjadikan asas pembentukan identiti bagi artis-artis sedia ada disamping menganjurkan beberapa acara-acara yang berprestij.

 

"Ia diwujudkan sebagai salah satu platform kepada penggiat seni tempatan dalam membentuk penjenamaan tersendiri dalam industri seni tanah air.

 

"Kami berharap pentas ini akan menjadi landasan terbaik buat selebriti memartabatkan nama industri seni hiburan di mata luar dengan mengadakan konsert di pentas Monspace Theatre. " ujar Datuk Seri Jessie Lai.

 

Bagi artis-artis tempatan yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis atau acara di sini, kami juga akan menawarkan dan membantu memberikan dana untuk merealisasikan impian mereka mengikut terma dan syarat ditetapkan.

 

"Apa yang mengujakan pentas ini mampu memuatkan seramai 600 penonton dan mempunyai kelengkapan canggih yang mengikut spesifikasi semasa.

 

"Lebih istimewa, penggiat seni tidak perlu lagi membawa kelengkapan sendiri untuk persembahan seperti sistem audio, pencahayaan dan lain-lain kerana semuanya telah tersedia di Monspace Theather," katanya.

 

Dalam masa sama Monspace Theatre juga bakal menjadi tarikan pelancong luar negara yang mahu menyaksikan bakat seni anak Malaysia. Tidak terhad kepada persembahan tempatan, kata Jessie lagi pihaknya turut mengundang persembahan luar negara untuk hiburan penonton Malaysia |MYBuzz

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.