SOL REPUBLIC Perkenal Dua Model Fon Telinga Bebas Wayar di Malaysia

July 17, 2017

 Model terbaru fon telinga tanpa wayar Amps Air ™ dan Relays Sport Wireless dari SOL REPUBLIC

 

SOL REPUBLIC  awal minggu ini telah secara rasmi memperkenalkan dua fon telinga tanpa wayar, gaya hidup baru untuk rakyat Malaysia yang mahukan bunyi yang jelas dan lancar di mana sahaja.

 

Amps Air ™ Earphones, sebuah 'earbud' yang sepenuhnya tanpa wayar, menawarkan teknologi tanpa wayar Bluetooth® yang tiada tandingan, dari segi keselesaan, bunyi serta gaya.

 

Walaupun saiz Amps Air adalah kecil dan ultra ringan tetapi ia masih boleh digunakan untuk mendengar muzik sehingga tiga jam . Ia didatangkan bersama dengan bekas simpanan caj mudah alih yang licin, yang mampu mengecas Amps Air sehingga 15 kali. Dengan jangka hayat bateri sebesar 2200mAh yang dibina berserta port USB, ia berfungsi sebagai pengecas mudah alih untuk telefon anda, antara peranti berguna yang sangat penting hari ini.

 

 SOL REPUBLIC - Amps Air ™ boleh didapati dalam 3 warna : Gold Rose, , Rich Teal dan Deep Blue. Sumber: SOLREPUBLIC.com

 

Amps Air direka berkontur untuk disesuaikan dengan bentuk telinga dan dibalut dengan lengan silikon serta alur tirus yang direka secara futuristik yang bukan sahaja memberikan Amps Air penampilan yang menarik, tetapi juga cengkaman pada telinga seperti aluran pada tayar untuk memberikan kemudahan yang selesa dan selamat. Alur-alur itu juga membenarkan aliran udara bagi mengurangkan kesan peluh keringat. Hasilnya adalah fon telinga yang cukup selamat bukan sahaja semasa latihan senaman tetapi cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari tanpa pendawaian atau kesakitan yang berkaitan dengan fon telinga tradisional.

 

"Kebanyakan fon telinga tanpa wayar cuba untuk memuatkan banyak ciri dalam ruang yang kecil tetapi malangnya ia sering mengorbankan kualiti bunyi serta keupayaan capaian Bluetooth. Kami merekabentuk rekaan antena yang canggih untuk keupayaan sambungan tanpa wayar Bluetooth agar ia dapat menghasilakn bunyi signatur SOL REPUBLIC dengan bunyi bass yang dalam dan kejelasan yang hebat," kata Eddy Hong, Pengurus Besar Dynamic Fox Pte Ltd, pengedar tunggal SOL REPUBLIC di Malaysia Dan Singapura.

 

Untuk kegunaan segera, fon telinga ini dapat dihidupkan secara automatik apabila ia dikeluarkannya dari bekas simpanan dan dimatikan serta menghidupkan fungsi cas semula apabila ia diletakkan kembali kedalam bekas simpanan. Pengguna juga boleh memilih untuk menyambungkan satu earbud untuk bunyi mono, pilihan yang terbaik untuk pengguna, yang ingin mendengar bunyi dipersekitaran mereka serta muzik mereka dengari pada  satu masa yang sama.

 

 Amps Air ™ - Design Story Sumber : Youtube

 

Pengguna boleh mengawal muzik dan panggilan mereka, tanpa mengeluh tentang telefon mereka. Dari menjawab, menamatkan atau mengambil panggilan kedua, untuk mengaktifkan perisian pengiktirafan suara Siri® atau perkhidmatan Google Voice Search ™, semua ini boleh dilakukan dengan sentuhan butang berbilang fungsi. Model Amps Air dijual pada harga RM 900.00 dan boleh didapati dalam warna Rose Gold, Rich Teal dan Deep Blue.

 

Produk baru kedua ialah Relays Sport Wireless,  fon telinga tanpa wayar yang menyasarkan kepada pengguna aktif. Dicipta untuk menangani keluhan terbesar pengguna mengenai fon telinga untuk kegunaan semasa bersukan, fon telinga ini mampu bertahan sehingga lapan jam masa main, kesan bunyi penuh, teknologi caj pantas, mikrofon, kawalan muzik, rintangan air peluh, dan mod khas untuk kesan bunyi semasa berada diluar .

 

 SOL REPUBLIC - Relays Sport Wireless boleh didapati dalam 3 warna : Kelabu, Mint dan Lime. Sumber: SOLREPUBLIC.com

 

Peranti ini telah direka untuk dipakai dengan selesa selama berjam-jam dengan ciri keselamatan yang penting, antaranya ciri FreeFlex ™ yang telah memenangi anugerah dimana reka bentuk putik telinga ultra ringan dan selamat yang boleh disesuaikan dengan saiz telinga tanpa memerlukan bahagian rumit atau cangkuk yang menutup bahagian sensitif telinga.

 

Hasilnya fon telinga akan melekap tetap serta cukup selesa untuk digunakan sepanjang hari walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti sukan.

 

"Ia mengambil masa lebih daripada dua tahun penyelidikan, pembangunan dan maklum balas sejak pelancaran awalnya di Indiegogo dan kami percaya Relays Sport Wireless adalah fon telinga tanpa wayar yang sempurna untuk rakyat Malaysia yang mempunyai gaya hidup yang aktif; Untuk kedua-dua latihan dalaman dan luaran, " kata Hong.

 

Hong menambah bahawa jurutera di SOL REPUBLIC menempatkan semua komponen elektronik di dalam pod ergonomik, kalis air yang sesuai diletakkan secara semula jadi di leher, jangka hayat bateri yang lebih besar dan bunyi yang lebih baik serta sambungan Bluetooth. Ia juga menawarkan keupayaan pengecasan pantas dalam masa sepuluh minit untuk tempoh satu jam waktu bermain.

 

 Relays Sport Wireless Sumber : Youtube

 

Fon telinga Relays Sports Wireless menawarkan bunyi bass signatur  SOL REPUBLIC  dengan bunyi yang mendalam dan bunyi jelas yang membawa semua emosi dalam muzik anda. Peranti ini dijual pada harga RM 400.00 dan boleh didapati dalam warna Kelabu, Hijau Pudina, dan Lime.

 

"Fon telinga  yang sebenarnya adalah keperluan yang penting untuk si pemakai, ini bermakna pengguna harus kelihatan baik apabila memakainya, berasa cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari, tahan peluh ketika melakukan aktiviti sukan.  Dan dalam soal fon telinga, bunyi hebat dan mempunyai keupayaan sambungan Bluetooth yang baik. Kami rasa kedua-dua produk ini telah mencapai semua itu", kata Hong.

 

Rakyat Malaysia boleh membeli kedua-dua produk di cawangan RadioShack di seluruh negara atau boleh dibeli secara dalam talian di Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari SOLREPUBLIC.com |MYBuzz

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.