Power Root Hadiahkan Pelanggan Pakej Umrah


Power Root Berhad, yang terkenal dengan jenama kopinya Alicafe, membantu 36 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah, dalam sebuah inisiatif uniknya untuk menyumbang semula kepada komuniti.

Dato' Afifuddin, Pengerusi Power Root

“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini, kata Pengerusinya, Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,” Ujar beliau lagi.

Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’ Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”


Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017.


Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah.


Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe , Facebook Per’l dan Facebook Powerroot.


Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Syarikat tersebut sangat gembira kerana pemenang yang terpilih adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root.


Tujuh Pemenang berikut adalah:


i. Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin, seorang pesara yang berasal dari Melaka berkata,

“Saya tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya saya memenangi Pakej Umrah ini. Terima kasih kepada Power Root, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa simpanan lagi, sekarang saya dan isteri dapat melaksanakan Umrah.”

ii. Aziana bt Adnan dari Klang

iii. Abdul Mustakim bin Ali dari Johor Bahru

iv. Puan Shuhadah dari Puchong

v. Puan Pauziyah bt Jantan dari Shah Alam

vi.Mohd Hanafi bin Nasarudin dari Pahang

vii. Nawi bin Awang dari perak