HELO - Gajet Multi Fungsi Bantu Pantau Gayahidup Serta Tahap Kesihatan

July 25, 2017

Fungsi lengkap alat bersaiz gelang tangan itu sekali gus menjadikannya seperti 'jururawat peribadi' yang akan memberi laporan kesihatan pengguna setiap dua jam sekali dan mengambil masa hanya selama 40 saat untuk mengesan sebarang masalah kesihatan

 

"Tidak seperti gelang pemantau jalur pergelangan tangan lain, apa yang menarik tentang HELO ialah gelang ini bukan sahaja memantau jumlah langkahan serta kadar degupan jantung, tetapi ia juga boleh mengukur kadar tekanan darah, ECG, respirasi dan juga tahap tenaga serta perasaan si pemakainya."

 

Baru-baru ini MB diberi kesempatan untuk mendengar sesi taklimat dan penerangan oleh wakil pengedar tunggalnya di Malaysia, Encik Fadli Ibrahim dari World Global Network, dalam pertemuan khas bersama media. Gajet terkini yang berupa gelang jalur pemantau pergelangan tangan 'pintar' HELO. Ianya berkeupayaan untuk memantau tahap kesihatan pengguna secara komprehensif yang dipakai di pergelangan tangan. HELO yang bermaksud 'Health and LIfestyle Oracle', dijangka bakal dilancarkan dipasaran Malaysia sekitar September tahun ini.

 

Tidak seperti gelang pemantau jalur pergelangan tangan lain, apa yang menarik tentang HELO ialah gelang ini bukan sahaja memantau jumlah langkahan serta kadar degupan jantung, tetapi ia juga boleh mengukur kadar tekanan darah, ECG, respirasi dan juga tahap tenaga serta perasaan si pemakainya. Semua data yang dikumpul oleh HELO diselaraskan dengan pengguna aplikasi pada telefon pintar pengguna (Android atau iOS) dan data yang terkumpul ini boleh dikongsi dengan orang yang disayangi (bayangkan sekiranya HELO digunakan untuk memantau tahap kesihatan orang tua anda) atau doktor anda.

 Gajet multi fungsi HELO bantu kesan peringkat awal masalah kesihatan boleh juga dijadikan sebagai aksesori pada tangan

 

HELO juga dilengkapi dengan mod butang panik supaya si pemakai boleh memanggil sekiranya berlaku kecemasan dan memerlukan bantuan . Fungsi lain HELO, ia dapat membantu untuk merekodkan corak tidur si pemakai selain memeriksa jumlah lemak di dalam badan si pemakai.

 

"Walaupun sudah terdapat peralatan seumpamanya di pasaran, Helo berbeza kerana mempunyai lebih banyak fungsi utama berkaitan kesihatan dan rumusan pemeriksaan akan disimpan di dalam log aplikasi Heka atau Helo yang dimuat turun menerusi iOS atau Playstore bagi pengguna Apple dan Android.

 

"Setiap telefon mampu disambungkan kepada tiga Helo yang dihubungkan menggunakan GPS membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan pemakainya pada bila-bila masa diperlukan dengan tetapan kekerapan pemeriksaan setiap dua jam," tambahnya.

 

Mengulas lanjut Encik Fadli (gambar) berkata, antara fungsi utama Helo adalah memeriksa kadar degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) yang secara umum menjadi rujukan berguna dalam mengenal pasti keadaan ketidaktentuan jantung daripada pelbagai sudut yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal.

 

Sambungnya, fungsi lain adalah memeriksa kadar tidur yang berkualiti, perasaan, pengiraan langkah, memeriksa jumlah pembakaran kalori di dalam badan selain butang kecemasan untuk dikesan sekiranya si pemakai menghadapi masalah di lokasi yang tidak mempunnyai bantuan.

 

“Fungsi lengkap alat bersaiz gelang tangan itu sekali gus menjadikannya seperti 'jururawat peribadi' yang akan memberi laporan kesihatan pengguna setiap dua jam sekali dan mengambil masa hanya selama 40 saat untuk mengesan sebarang masalah kesihatan.

 

“Contohnya sekiranya degupan jantung atau kadar pernafasan si pemakai menunjukkan bacaan tidak normal selama beberapa kali pemeriksaan, ia akan menghantar pesanan melalui emel supaya segera merujuk kepada doktor.

 

“Dalam keadaan gaya hidup masyarakat bandar yang semakin sibuk hari ini, Helo mungkin dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang menyebabkan kematian secara tiba-tiba seperti jantung dan sebagainya kerana dapat mengesan masalah kesihatan sebelum mencapai tahap kronik,” katanya.

 

Katanya, buat permulaan, World Global Network menyasarkan sebanyak 30,000 unit HELO mampu dijual menjelang akhir tahun ini sebelum perasmian pelancarannya dibuat September ini.

 

 

Gelang HELO didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu biru, merah jambu, ungu, coklat dan hitam. Ia dijual pada harga US$319 (RM1,371) setiap satu unit atau pek keluarga bernilai US$749 (RM3.219) untuk dua unit HELO dan US$1,349 (RM5,798) untuk lima unit HELO.

 

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang HELO dan membuat tempahan secara dalam talian boleh mengunjungi laman web www.worldgn.com atau menghubungi pengedar tunggal HELO di Malaysia di talian 01125750751 |MYBuzz

 

 

Tags:

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.