HYPPTV BAWAKAN INTERNATIONAL CHAMPIONS CUP 2017 BUAT PENONTON DI MALAYSIA

July 25, 2017

 

"ICC, diasaskan oleh Relevent Sports, merupakan perlawanan persahabatan pertunjukan tahunan antara kelab-kelab bola sepak yang kebanyakannya menampilkan pasukan dari kelab Eropah yang bermain di Amerika Syarikat serta Kanada, dan kemudian pada tahun 2015 dengan diperluaskan lagi ke China dan Australia. Tahun ini, tiga (3) pasukan – FC Bayern Munich, Chelsea FC dan FC Internazionale – akan berentap di Singapura."

 

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV hari ini mengumumkan bahawa International Champions Cup 2017 (ICC2017) akan dipancarkan secara langsung dan eksklusif di Malaysia menerusi saluran HyppSports 3 HD (HyppTV Saluran 703) bermula 18 Julai sehingga 6 Ogos 2017. Kesemua perlawanan tersebut juga boleh ditonton pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

 

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, berkata, “Kami sedia maklum bahawa rakyat Malaysia amat berminat dengan sukan bola sepak, dan tiada cara yang lebih baik untuk mendekati para penonton kami selain menerusi pengalaman tontonan aksi bola sepak secara eksklusif, hanya di HyppTV. Selain tayangan secara langsung, kami akan membawakan pengalaman berbeza dengan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menyeronokkan para peminat bola sepak!”

 

 

Untuk meraikan tayangan eksklusif, aksi sukan secara langsung tersebut, HyppTV akan menganjurkan beberapa acara tontonan berserta pelbagai permainan menarik seperti berikut:

 

Semua peminat fanatik bola sepak dialu-alukan untuk datang ke sesi tontonan itu dan bersorak untuk pasukan kegemaran anda sambil mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk memenangi barangan eksklusif, dibawakan kepada anda oleh HyppTV.

 

HyppTV

 

Untuk menambah lagi keseronokan ini, HyppTV telahpun mengadakan peraduan secara eksklusif buat pelanggan Jumbo Pack, Sports Pack atau HyppSports untuk memenangi hadiah 'ICC2017 Bus-Away', yang merupakan perjalanan ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan Chelsea FC menentang FC Internazionale secara langsung di Stadium Nasional Singapura pada 29 Julai 2017. 10 pemenang bertuah akan berpeluang untuk menikmati aksi perlawanan tersebut bersama wakil-wakil media serta selebriti HyppTV seperti Putra Amaris, Ain Edruce dan Nazrief Nazri.

 

Jadual Penuh Perlawanan ICC 2017, di HyppSports 3 HD, HyppTV Channel 703(JUga terdapat di dalam aplikasi HyppTV Everywhere):

 

 

 

 

 


Keseronokan berganda bersama HyppTV Carnival 

 

 

 

Dalam pengumuman menarik yang lain, HyppTV Carnival 2017, sebuah acara yang menarik dan penuh dengan keseronokan telah diadakan di Sunway Pyramid selama lima (5) hari bermula dari 19 Julai hingga 23 Julai 2017. Pada acara karnival tersebut, pengunjung dapat menikmati kandungan hiburan bertaraf antarabangsa di HyppTV dan pelbagai penawaran lain, serta aktiviti pentas, permainan di tapak-tapak pameran dan banyak lagi aktiviti menarik lain termasuklah penampilan watak-watak kartun kegemaran seperti King Julien, Puss In Boots daripada Dreamwoks Channel dan Mr. Bean daripada Boomerang Channel. Terdapat juga penampilan istimewa maskot Sukan SEA KL2017, iaitu Rimau!

 

Peminat siri drama di HyppSensasi juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama barisan selebriti HyppTV seperti Syazwan Zulkifly dan Tasha Shila daripada drama bersiri ‘Sedingin Cinta Antasya’, pelakon daripada Indonesia, Guntur Triyoga, artis tempatan, Ieda Moin dan Azar Azmi daripada drama bersiri di ‘Mr. Delicious’ serta Fadlan Hazim dan Aisya Hasnaa dari drama bersiri ‘Encik Ustaz’ yang ditayangkan di Salam HD bersama-sama dengan Nazrief Nazri. HyppTV Carnival di Sunway Pyramid dianjurkan dengan kerjasama rakan rasmi seperti Sunway Pyramid (rakan lokasi), Canon (rakan detik indah) dan Sharp (rakan acara)

 

HyppTV Carnival 2017 seterusnya akan menjelajah ke Johor Bahru bermula 24 sehingga 29 Oktober 2017 sebelum mengakhiri siri jelajah tahun ini di lokasi terakhirnya pada 28 November sehingga 3 Disember 2017 di Lembah Klang.

 

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 57 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 54 saluran premium, 25 saluran percuma, 2 saluran Radio, 7 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Setakat ini, HyppTV mempunyai sebanyak 1.6 juta pelanggan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di:

 

Facebook :  www.facebook.com/hyppworld 

Twitter      :  www.twitter.com/hypptv

Instagram : www.instagram.com/hyppworld

Youtube    : www.youtube.com/tmyoutube 

 

 

 

 

 

Tags:

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.