FILEM: OVERDRIVE


Genre: Aksi/Ngeri

Bahasa: Inggeris Pengarah: Antonio Negret Pelakon: Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana De Armas, Gaia Weiss Durasi: 1 jam 36 minit

Klasifikasi: 18 Edaran: RAM Entertainment

Tarikh Tayangan: 27 Julai 2017

Untuk korang yang suka filem aksi permotoran khususnya kereta, filem ni pasti 'kene' dengan jiwa korang. Filem aksi lakonan Scott Eastwood (anak kepada aktor tersohor Clint Eastwood) yang berkisah tentang geng curi kereta profesional. Tapi kereta yang dicuri bukan calang-calang kereta. Semua kereta vintaj yang dah tak keluar mana-mana. Kata orang 'rare'. Korang boleh saksikan ada satu babak dalam filem ni, lebih kurang 10 jenis kereta vintaj yang korang tak tahupun kereta tu wujud. Ada juga dalam satu babak dipaparkan koleksi Ferrari yang rasanya keluar kat majalah je takde kat jalan raya. OK tak nak cerita banyak! Apa kata korang baca dulu sinopsis filem kat dibawah ni. Ciao!


SINOPSIS:

Andrew dan Garrett Foster (Scott Eastwood dan Freddie Thorp) bukan sahaja pemandu yang luar biasa tetapi juga dikenali sebagai pencuri kereta terbaik di dunia. Di Marseille, mereka telah diupah untuk mencuri sebuah kereta vintaj Bugatti 1937 yang baru dibida oleh seorang mafia tersohor di Perancis, Jacomo Morier (Simon Abkarian), dengan nilai bidaan 41 juta Euro. Walaubagaimanapun mereka tertangkap.


Morier memutuskan untuk menggunakan bakat mereka untuk kepentingan dan menentang musuh lamanya, Max Klemp (Fabian Wolfrom). Sebagai pertukaran untuk nyawa mereka, kedua-dua adik-beradik Foster perlu mencuri sebuah kereta paling berharga dalam koleksi Klemp, 1962 Ferrari 250 GTO.



Promo filem: OVERDRIVE



BABAK:





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.