AIRASIA TAWAR TAMBANG RENDAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ASEAN

August 7, 2017

 

 

AirAsia menawarkan tambang rendah ke destinasi Asean bagi meraikan ulang tahun ke-50 Pertubuhan ASEAN.


Pertubuhan ASEAN meyambut ulang tahun jubli emasnya pada 8 Ogos  dan promosi ini akan bermula mulai hari ini sehingga 13 Ogos 2017.

Pelancong boleh memilih destinasi dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukville, Phnom Penh dan lain-lain dari hanya RM50. (Semua tambang adalah termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan.)

 

Tempahan boleh dibuat melalui laman web di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai 7 hingga 13 Ogos, 2017 untuk penerbangan antara 7 Ogos, 2017 dan 8 Feb, 2018 ke mana-mana destinasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam.

AirAsia berkata, ia berbangga menjadi syarikat penerbangan Asean – satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan terus ke semua negara Asean dan beroperasi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. 

 

Pas AirAsia Asean
 

 

AirAsia turut menawarkan Pas AirAsia Asean yang membolehkan penumpang menikmati penerbangan dalam rantau itu pada kadar tetap dengan tempoh sah penerbangan sehingga 60 hari. 


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu berharap tambang rendah ini akan membolehkan pelancong meneroka lebih banyak wilayah dirantau ini.

"Selama 50 tahun, Asean telah memberi inspirasi kepada kami dengan mesej perpaduannya. Sebagai orang Asean, kami mahu memberikan kembali kepada warganya, "katanya.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini dan aktiviti AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). |MYBuzz

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.