Dato' VIDA Riuhkan Konsert Nova

August 10, 2017

 

Dato' Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Hasmiza Othman telah muncul ketika malam Konsert Nova 2017 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 5 Ogos lalu. Dato' Vida tampil ke pentas setelah diundang oleh Princess Syahrini telah mengamatkan lagi suasana konsert pada malam itu.

 

 

                                                          Dato Seri VIDA bersama Princess Syahrini

 

Pada malam itu juga lebih 20 buah lagu dipersembahkan kepada penonton. Antara lagu-lagu popular iaitu Lelaki Teragung (Dayang), Kau Yang Tersakiti (Judika), Jangan Memilih aku (Syahrini ft Judika), Harus Terpisah (Cakra Khan), Assalammualaikum (Faizal Tahir), Idola (Azlan Thetypewriters).

 

Lagu Cover duet diantara Dayang Nurfaizah & Judika iaitu Like I'm Gonna Lose You menjadi perhatian dan sorokan gemuruh penonton.

 

 

Dayang turut mempersembahkan lagu single terbaru beliau Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Ajai.

 

 

Judika turut mendendangkan lagu single terbaru beliau Jadi Aku Sebentar Saja pada malam itu.

 

 

''Saya yakin bahawa penonton dan semua yang hadir pada malam ini berpuas hati, walaupun terdapat konsert lain pada malam ini. Kami juga ada rancangan untuk mengadakan di Jakarta sekiranya mendapat sokongan pelbagai pihak.'' Ujar Dato Kamal selaku penganjur semasa sidang media selepas konsert.

 

''Kami juga merancang untuk menjual siaran konsert ini ke stesen-stesen TV yang berminat'' Ujar beliau lagi.

 

 

Selain daripada itu Mia Ismi juga hadir sebagai featuring artist.

 

                                                              Foto-Foto Sekitar Konsert Nova 2017

 

Konsert tersebut dianjurkan oleh Suasana Enak Sdn Bhd dengan  menampilkan penyanyi-penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia. Ia juga diadakan untuk meraikan ulangtahun ke-60 hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. Konsert Nova ini bertujuan untuk mempereratkan lagi persahabatan antara rakyat kedua buah negara.

 

Orkestra Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik telah mengiringi Konsert Nova 2017 dan  dimeriahkan lagi dengan Reza Mohamad sebagai pengacaranya. MYBUZZ

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.