BONIA TAMPIL IMEJ BELI BELAH SERBA MEWAH

August 10, 2017

 Aeril Zafrel diundang untuk membuat penampilan khas sewaktu perasmian Butik Bonia, Mid Valley KL baru-baru ini.

 

Untuk meraikan pengubahsuaian terkini di Butik BONIA Mid Valley , jenama mewah itu baru baru ini telah mengadakan jualan khas untuk Ahli Eksklusif mereka dan memberikan pelanggan terpilih mereka mengalami pengalaman membeli-belah di butik mewah. Untuk meraikan peristiwa bersejarah itu pihak Bonia turut melancarkan koleksi terbaru tas tangan mereka, Twiggy Maras dan Maras BONIA Edisi Terhad. Tidak terhenti disitu, kesemua Ahli Ekslusif BONIA turut diberi kejutan  dengan penampilan tetamu istimewa  oleh selebriti terkenal Malaysia, Aeril Zafrel.

 

 Aeril Zafrel mendengar penerangan oleh Pengurus Besar BONIA Corporation, En. Manimaran Kanapathi

 

Hos TV/Pelakon serta Emcee, Belinda Chee selaku hos pada majlis tersebut.

 

 Aeril Zafrel bersama En. Manimaran serta 6 pembeli terawal koleksi tas tangan Twiggy Maras dan Maras BONIA Edisi Terhad

 

Penampilan istimewa oleh Aeril Zafrel pada hari tersebut adalah bertepatan dengan perubahan yang dilakukan di butik berkenaan seiring dengan penampilan, kreativiti serta keperibadiannya yang 'segar' sebagai 'trendsetter' dari kalangan selebriti. Di samping acara itu, seramai 10 pembeli terawal tas tangan Twiggy Maras dan Maras BONIA Edisi Terhad diberikan peluang untuk bertemu secara dekat bersama Aeril Zafrel. Apa yang membuat koleksi ini unik adalah inspirasi dalam penghasilan tas tangan ini berasal daripada haiwan nokturnal  'Madagascan Lemurs'. Lemurs dikatakan sebagai haiwan yang bersemangat tinggi, dan bersifat suka bermain, yang merupakan cerminan sebenar koleksi ini. 

 

Ruang Butik yang diperluaskan dan diubah suai jenama ini memberi satu sudut pandang baru serta tafsiran terkini untuk produk mewah BONIA. Ruang pameran di butik ini meliputi permukaan keseluruhan seluas 1744 kaki persegi. Pastinya pelanggan akan berada kagum apabila melangkah masuk ke dalam butik ini apabila disambut dengan kesegaran 'aroma' kulit yang terdiri dari produk-produk yang di pemerkan. Ubahsuai terbaru hiasan dalamannya memaparkan unit  para pada dinding kayu yang halus dan kelengkapan ruang pamer yang unik dengan kemasan rona emas.

 

 Kemasan rona emas dan putih serta panel dinding kayu dengan corak signatur geometri emas menjadi pilihan  dalam menata rias hiasan dalaman ruang pameran di Butik BONIA, Mid Valley

 

Hiasan dalaman di butik ini dibahagikan kepada kawasan luas yang menampilkan  dinding kayu yang disempurnakan dengan corak signatur geometri emas serta padanan cat dinding putih. Teknik pencahayaan yang digunakan berjaya menaikkan seri setiap ruang butik ini menjadikannya warisan identiti BONIA di seluruh dunia. Ruang tempat duduknya, yang dikenali sebagai Lounge Monogram dilengkapi dengan kerusi kusyen elegan yang membantu melengkapkan serta mengundang suasana eksklusif dan mewah. Apa yang membezakan konsep di butik ini ialah ia menonjolkan suasana yang sofistikated, unik, mewah dan menarik! |MYBuzz

 

 

 

 

 

Tags:

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.