'KEMBAR' NEELOFA DI TV9

August 10, 2017

 

Kalau baru baru ini satu alam maya kecoh Datuk Siti Nurhaliza jadi 'news anchor' di RTM. Selidik punya selidik rupanya ada 'kembar' pelanduk dua serupa yang iras iras Tokti. Namanya Normazalina Mohd Nor, 33, bertugas sebagai pembaca berita di saluran TV1, RTM.

 

Kalau RTM ada kembar Tokti, TV9 pun tak mahu kalah. Dikatakan wajahnya iras iras pelakon serta usahawan hijab terkenal Nor Neelofa Mohd Noor @Neelofa,  Hawa Rizwana Ahmad Redzuan kini bertugas sebagai 'news anchor' Berita TV9.

 

MB cuba intai akaun Instagramnya...Naahhhh! Boleh tahan jugak 'follower'nya, 55.5K! Lagi ramai kalau nak dibandingkan dengan sesetengah selebriti tempatan. Menurut Hawa ketika ditemubual wartawan NST, beliau mula sedar tentang 'persamaan' itu sejak di universiti lagi. Ramai yang datang kepadanya bertanya tentang perkara itu.

 

Bila diamati gambarnya dan Neelofa boleh dikatakan ada persamaan pada raut wajah mereka berdua. Kebetulan masing -masing ada tahi lalat di bawah mata sebelah kanan yang menguatkan persamaan itu. Komen-komen di Instagramnya pun ramai yang mengatakan Hawa kelihatan sama dari pandangan sisi.

 

 

Beberapa klip video dan gambar dirinya di akaun Instagram mula tular di Youtube yang maa telah mendapat lebih dati 24,000 tontonan.

 

"Saya terkejut bila mendapat tahu perkara ini dari ibubapa dan saudara-mara saya. Mereka juga tidak menjangkakan saya boleh jadi popular" katanya ketika ditemui di Sri Pentas Baru Baru ini.

 

 Sumber Youtube: Jebart Media

 

Tambah Hawa beliau tidak pernah menganggap dirinya kembar kepada aktres berkenaan akan tetapi beliau amat mengagumi Neelofa kerana ilmu, bakat, kecantikan serta kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan.

 

Hawa yang dilahirkan di Illinois, USA merupakan anak kepada Ahmad Redzuan Abdul Rahman yang merupakan veteran hos 'Selamat Pagi Malaysia' di RTM mengakui belum pernah berjumpa dengan Neelofa dan berharap ada peluang untuk bertemu dengan aktres tersebut. |MYBuzz

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.