SHOPEE LANCAR JUALAN MEGA e-DAGANG '9.9 ONLINE' EKSTRAVAGANZA

August 25, 2017

 

 Hari Membeli-belah Dalam Talian Shopee. Jualan Mega e-Dagang pertama 2017 kini tiba. Rakyat Malaysia berpeluang bergembira sambil menikmati harga jualan terendah sepanjang ekstravaganza 20 hari kempen berlansung.

 

Pada 22/8/2017 Shopee telah mengumumkan barisan kempen jualan murah dan usahasama yang mengujakan dengan beberapa jenama kegemaran sepanjang sambutan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9. Jutaan pembeli dalam talian di Malaysia boleh menikmati ribuan  tawaran harga sehingga 90% lebih rendah daripada pelbagai jenama termasuk Nestle, Watsons, Super, Unilever, ESH2U dan Senheng, termasuk manfaat lain daripada rakan rasmi seperti PETRONAS, KFC, Digi, 20th Century Fox, B Infinite dan banyak lagi. 

 

Bermula 23 Ogos 2017, pelbagai jenis kempen, potongan harga dan hadiah istimewa ditawarkan setiap hari untuk jualan mega Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 bermula 9 September 12 tengah malam hingga 11 September 11.59 malam. 

 

Pengarah Urusan Serantau Shopee  Malaysia, Encik Ian Ho (何子翔) melancarkan Kempen 'Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee' pada 22.8.2017 yang lalu. 

 

Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee dianjurkan lagi buat tahun kedua. Kali ini, kami berusaha keras untuk memastikan jualan murah kali lebih hebat daripada sebelum ini. Kami telah membariskan ribuan usahawan Shopee yang menawarkan ribuan produk pada harga amat rendah dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Semua produk tersebut tertakluk pada Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 

 

Jaminan Harga Terendah Shopee menjamin mana-mana pembeli yang terjumpa sesuatu produk pada harga lebih rendah di platform lain akan diberikan ganti rugi berjumlah 120% pada perbezaan harga tersebut. “Pada masa yang sama, kami juga akan memberikan hadiah keseluruhan berjumlah RM59,999 sepanjang dua minggu ini sebagai bonus tambahan kepada pembeli dalam talian. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini di aplikasi dan platform media sosial Shopee,” kata Ho lagi. 

Kemuncak Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 
 
Pembukaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee dimulakan dengan Jualan Murah Merdeka Shopee yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos, dengan potongan harga sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sebahagian sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. 

 

Dari 9 hingga 11 September, Best of 9.9 (Pilihan Terbaik 9.9) akan menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas produk. Terhad pada 9 September sahaja, Upsized Shocking Sale (Shocking Sale Berganda) akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Telefon Bimbit & Gajet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah & Perabot dan Produk Berasaskan Kesihatan & Kecantikan pada harga terendah. 

 

 Sekitar majlis pelancaran Kempen 'Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee' pada 22.8.2017 yang lalu di The Glasshouse, KL

.

Unilever pula akan menganjurkan Jualan Khas Unilever dengan potongan harga sehingga 30% dengan baucar 20% di seluruh platform. Watsons juga memberikan potongan harga 20% di seluruh platform. Jenama elektronik Senheng pula akan menawarkan sehingga 50% potongan harga ke atas 99 barangan, manakala ESH2U menawarkan potongan harga sehingga 99% dengan baucar bernilai sehingga RM100. Pembeli dalam talian juga akan ternanti-nanti dengan tawaran mengujakan daripada Nestle, ASUS, Super Coffee and banyak lagi sepanjang kempen Hari Membeli-belah Dalam Talian 

Manfaat Lain bagi Pembeli Dalam Talian

 

Menerusi usahasama dengan KFC, setiap pelanggan yang membuat pembelian dari 22 Ogos hingga 9 September akan menerima ketulan ayam KFC (KFC Nuggets) percuma dengan setiap penghantaran KFC. Pada 9 September, KFC akan meraikan hari ulang tahun Colonel Sanders dengan memberikan kombo 2 ketul ayam kepada setiap pengguna berdaftar ke-9 pada tarikh tersebut. Pada hari yang sama, PETRONAS akan melancarkan Kad Hadiah Edisi Terhad PETRONAS x Shopee bernilai RM50 pada harga RM45 (terhad untuk 3,000 unit dijual secara dalam talian). Manakala 9,000 unit kad hadiah akan dijual di stesen PETRONAS seluruh negara pada harga RM50 dan disertakan dengan baucar Shopee bernilai RM5.

 

Menerusi usahasama dengan 20th Century Fox pula, pembeli dalam talian yang membeli-belah dari 1 hingga 4 September boleh memenangi dua tiket tayangan perdana untuk menonton filem ‘Kingsman: The Golden Circle’. B Infinite juga akan memberi ganjaran hadiah yang bernilai 999 dan 9,999 dalam bentuk mata B Infinite, jumlah keseluruhan 57,000 mata untuk dimenangi. Digi juga akan menawarkan baucar tunai pada harga RM9.90 sahaja. 
 
Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee juga disokong oleh CIMB, Public Bank dan RHB Bank dengan potongan harga tambahan sehingga 10% bagi semua pemegang kad kredit. 

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan manfaat dan penjimatan khas buat pembeli dalam talian di Malaysia bagi kempen 9.9 ini, layari laman sesawang www.shopee.com.my/99. Atau, muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini.|MYBUZZ 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.