SHAHKIMIN DINOBAT JUARA IM4U FM MIC DROP 2017

August 29, 2017

 

 Shahkimin dinobatkan sebagai pemenang iM4U fm Mic Drop 2017

 

Mohd Shahrul Hakimi bin Mohamad Amin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Shahkimin telah dinobatkan sebagai juara untuk iM4U fm Mic Drop 2017 pada hari Sabtu yang lalu. Shahkimin, 28 yang berasal dari negeri Kelantan telah memenangi sebuah trofi dan akan menjadi sebahagian daripada keluarga radio di iM4U fm.


iM4U fm Mic Drop 2017 merupakan sebuah inisiatif bagi mencari bakat-bakat baharu yang mempunyai impian untuk menyertai dunia radio di iM4U fm. Pertandingan akhir ini telah diadakan di pusat beli belah MyTOWN.


"Ia merupakan satu pengalaman yang menarik bagi saya sepanjang menyertai pertandingan iM4U fm Mic Drop 2017. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana membenarkan saya mengejar impian untuk menjadi seorang penyampai radio. Tanpa doa dan sokongan mereka, saya tidak akan berada disini pada hari ini," kata Shahkimin, Juara Mic Drop iM4U fm 2017.

 

Ilham Khatijah Mohd Shaimy, 25 dari Selangor dan Anith Aqilah Sulaiman Lim, 26  dari Kuala Lumpur memenangi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut. Kedua mereka memenangi trofi dan sijil penyertaan daripada iM4U fm. Antarapeserta yang telah berjaya mara ke peringkat akhir ialah Kenneth Ong, Iman Norhizam, Sean Ezmeer Amir Merale, Kavinaesh Kailaivasan, Muhammad Nazif Kamal Din, Syamsudin Noh dan Vincent Omar.


"Shahkimin memenuhi kriteria yang dicari oleh iM4U fm bagi seorang penyampai radio. Dia berjaya menyelesaikan kesemua tugasan yang diberikan dengan baik. Kami percaya bahawa Shahkimin mampu menjadi penyampai radio yang baik di iM4U fm, " kata Kartini Ariffin, Pengarah iM4U fm.

 

 

Barisan 10 peserta finalis pertandingan iM4U fm Mic Drop 2017 | Sumber Youtube : IM4U fm


Para finalis iM4U fm Mic Drop 2017 telah melalui lima tugasan berbeza bagi merebut gelaran juara keseluruhan. Berikut adalah tugasan - tugasan untuk 10 peserta akhir:


Tugasan 1 (Creative Introduction)

Para finalis memperkenalkan diri dengan cara yang paling kreatif.

 

Tugasan 2 (Topic Challenge)
Para finalis membentangkan topik yang diberikan bagi menguji pengetahuan am.


Tugasan 3 (Talent Show)
Para finalis mempamerkan bakat terpendam mereka bagi memenangi hati para juri.


Tugasan 4 (Duo Challenge)
Para finalis dipasangkan dua orang dalam satu kumpulan bagi menyelesaikan tugasan “talk – set”.


Tugasan 5 (Pick My Brain)
Para finalis menjawab soalan terakhir daripada pihak juri.

 

10 finalis pertandingan iM4U fm Mic Drop 2017 bersama penyampai iM4U fm dan barisan hakim


Para juri yang telah mengadili finalis iM4U fm Mic Drop 2017 adalah Kartini Ariffin, Pengarah Radio iM4U fm; Tan Shyue Wern, Pengarah Kumpulan Pengurusan Jenama iM4U; Amir Syakireen, CEO Hipster Pomade; Nadiya Nisaa, Pelakon Malaysia; dan Faizal Ismail (FBI), Penyampai Radio terkenal.


Sepanjang kempen iM4U fm Mic Drop 2017, telah mengadakan sesi ujibakat disekolah - sekolah awam yang terpilih di sekitar Lembah Klang. iM4U fm Mic Drop Junior diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dikalangan pelajar yang berumur antara 13 hingga 17 tahun yang mempunyai minat terhadap dunia penyiaran radio di Malaysia.

 

Nur Ezzatul Husna Bt Zainatul Rahman, 15, dari SMK Bandar Sunway telah dinobatkan sebagai juara iM4U fm Mic Drop Junior. Beliau membawa pulang sebuah trofi dan sijil penyertaan daripada iM4U fm.


Seramai 10 finalis telah dipilih di kalangan beratus-ratus calon peserta yang telah menghadiri sesi ujibakat di seluruh bandar yang diadakan di pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang. Berikut merupakan lokasi – lokasi sesi ujibakat iM4U fm Mic Drop yang telah diadakan pada:


1) 5 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)

2) 6 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)
3) 9 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah AEON AU2
4) 12 Ogos 2017 – Sunway Pyramid
5) 16 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah SACC
6) 19 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah Paradigm


Untuk maklumat lanjut mengenai iM4U fm Mic Drop 2017, tetapkan siaran iM4U fm di 107.9 FM di Lembah Klang atau layari ke www.iM4Ufm.my. Ikuti iM4U fm di Facebook dan IM4U fm di Instagram |MYBUZZ

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.