Khalis Real Spin Ganti Achik Spin

September 11, 2017

Kemunculan kembali Kumpulan Spin amat dinanti oleh peminatnya. Tatkala lagu seperti Janji Kita dan Mengusung Rindu banyak membawa kenangan bersama arwah Achik atau Abdillah Murad dari kumpulan Spin.

 

Setelah lebih 7 tahun arwah meninggal dunia, adik kedua kepada Allahyarham iaitu Khalis Md. Shari, atau lebih dikenali dengan panggilan Khalis juga telah mengendalikan kumpulan yang dinamakan sebagai Real Spin bersama dengan dua ahli yang merupakan bekas ahli kumpulan Spin yang asal selepas pengunduran mereka pada tahun 2001, iaitu pemain gitar Aidelah Ahmad atau panggilannya Aidel, manakala Norazren Kamil atau Azren yang merupakan pemain gitar bass kumpulan tersebut dan kemasukan anggota baru iaitu pemain dram Real Spin, Aiman, juga menerajui kumpulan itu untuk menyambung semula perjuangan Spin.

 

 Foto Dari Kiri Azren (Bassist), Aiman (Drummer), Khalis (Vokalis) & Aidelah (Guataris)

 

Real Spin telah muncul single pertama iaitu berjudul Halusinasi Diri pada akhir tahun lalu. 

 

 

 

''Lagu pertama Halusinasi Diri adalah untuk Test market'', Ujar Khalis ketika ditemui oleh media di Majlis Santai Bersama Media Online di Restoran Padi Seafood, Kuala Lumpur hari ini.

 

 

Real Spin kini berada dibawah naungan Solaris Music Entertainment bagi menguruskan segala aktiviti seni kumpulan ini.

 

Kini, mereka akhirnya muncul dengan single baru yang berjudul "Semakin Rindu" hasil kerjasama bersama komposer Cuna Alfian dan lirik oleh Azren Real Spin. Single lirik video muzik ini telah ditonton lebih 400k di saluran Youtube Solaris Music Entertainment 

 

Jom dengarkan....

 

 MYBUZZ

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.