Guardian Malaysia Pupuk Semangat Sayangkan Komuniti

September 21, 2017

Guardian Malaysia, peneraju industri kesihatan dan kecantikan runcit, menjadikan ulang tahunnya yang ke-50 lebih bermakna dengan sebuah projek komuniti RM250,000 untuk mempertingkatkan pelbagai kemudahan di 10 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

 

CEO Guardian Malaysia, Mr. Soren Lauridsen Bergambar Kenangan Bersama Anak Yatim

 

Rumah-rumah kebajikan ini, tujuh daripadanya merupakan rumah anak-anak yatim, terletak berhampiran cawangan Guardian di pelbagai lokasi di seluruh negara. Kebanyakan daripada rumah-rumah tersebut telah memohon agar kediaman mereka dibaiki, dinaik taraf dan dibaik pulih.

 

Selain daripada peruntukan RM250,000, Guardian Malaysia turut menggalakkan para pekerjanya untuk menyumbangkan masa dan tenaga secara sukarela untuk membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan, di samping meluangkan masa menghiburkan kanak-kanak yang tinggal di situ.

 

Kepimpinan melalui teladan ditunjukkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen. Mengetuai pasukan stor sokongan Guardian dan stor-stor Guardian, beliau telah meluangkan masa, membantu mengecat semula pagar, dinding dan gril di kediaman Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, di Setapak, Kuala Lumpur.

 

Selain kerja-kerja mengecat, Guardian Malaysia turut memasang alat penghawa dingin, kipas dan jaring penghalang nyamuk untuk rumah anak yatim tersebut, yang menempatkan 55 anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga beribu atau bapa tunggal.

 

Mr Lauridsen berkata:  “Setiap tahun, apabila kami meraikan ulangtahun, kami menjadikannya satu kewajipan untuk membantu golongan yang memerlukan. Selama bertahun-tahun, Guardian telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan. Selalunya dalam bentuk sumbangan kewangan, kadang-kala dalam bentuk barangan dan menerusi keseronokan dan kegembiraan. Tahun ini, oleh kerana Guardian menyambut ulang tahun ke-50, kami membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat kami beroperasi.”

 

“Kami telah meminta pasukan kami di stor-stor untuk mengesyorkan rumah-rumah kebajikan yang memerlukan pembaikan atau penambahbaikan di kawasan kejiranan mereka, tetapi kekurangan dana. Kami telah memilih 10 buah rumah yang kami rasakan sumbangan kami memberi perubahan bermakna untuk mereka.”

 

“Dengan membantu menambahbaik tempat tinggal kanak-kanak, anak-anak yatim dan warga emas ini, kami percaya kami dapat memperkasakan mereka untuk menjadi lebih yakin dan kemudiannya mampu berdiri sendiri,” tambah Mr. Lauridsen.

 

 

Foto-Foto Sekitar Aktiviti Di Rumah Kebajikan

 

Program hias semula amal itu telah bermula bulan lepas, dan dijadualkan untuk siap sepenuhnya penghujung November ini. Rumah-rumah kebajikan lain yang turut menerima penambahbaikan adalah:

 

  1. Rumah Kebajikan Bakti Fayi (Kedah),

  2. Chrystal Home Taiping (Perak)

  3. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar (Negeri  Sembilan)

  4. Happiness Centre For The Mentally Disabled Children (Melaka)

  5.  Calvary Boys Home & Calvary Girls Home (Johor)

  6.   Rapha Children's Home (Pahang)

  7.  Rumah Anak-anak Yatim Salimah  (Kelantan)

  8.  Sabah Cheshire Home, and

  9.  The Salvation Army Kuching Children's Home (Sarawak).

 

Sepanjang 9 tahun yang lalu, Guardian telah menyumbang sebanyak hampir RM4.5 juta kepada pelbagai jenis usaha-usaha amal dan kebajikan, dengan kecenderungan kepada golongan keluarga beribu/bapa tunggal dan rumah anak-anak yatim.

 

MYBUZZ

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.