Terjunan Base Antarabangsa Tarikan Utama Menara KL Saban Tahun

Terjunan Base merupakan sukan ekstrem kepada penerjun-penerjunnya. Sudah lebih 17 tahun penganjurannya, Menara KL sekali lagi pada tahun ini menganjurkan KL Tower International Jump Malaysia 2017 (KLTJIM) akan bermula 29 September hingga 2 Oktober 2017.


Berketinggian 300 meter bertempat KL Tower Sky Deck ini akan menemui peminat sukan ekstrem mulai 29 September hingga 2 Oktober 2017. Ianya akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (terjunan siang) dan 8.00 malam hingga 10.00 malam (terjunan malam).


Terjunan Base ialah acara sukan ekstrem yang melibatkan penggunaan payung terjun untuk membuat lompatan dari objek-objek tertentu. BASE mewakili object yang biasanya digunakan sebagai landasan terjunan, Bangunan, Antenna, Jambatan (Span) dan Bumi (Earth).


Malaysia Book Of Record telah menyenaraikan acara sukan ekstrem Menara KL yang pertama di Malaysia ini pada tahun 1999 lalu ketika sempena Ulangtahun Menara KL ke -3.


Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk menawarkan kepada para penerjun BASE untuk melakukan terjunan dari KL Tower. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dapat meletakkan Malaysia didalam peta pelancongan antarabangsa sebagai destinasi terbaik untuk aktiviti sukan pelancongan. Acara ini selaras dengan aspirasi KL Tower sebagai destinasi wajib dilawati untuk aktiviti-aktiviti Kebudayaan (Culture), Aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam Semulajadi (Nature),” kata Encik Meor Shahril Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, KL Tower semasa sidang media selasa lalu.


“Acara sukan ekstrem yang telah memasuki tahun ke-17 ini akan mempamerkan aksi menarik untuk keseronokan para pengunjung ke KL Tower. Selain itu, tahun ini, keseronokan diteruskan lagi dengan aktiviti sampingan seperti ‘Bag Jump’ dan ‘Flying Fox’. Terdapat juga trak makanan, jualan barangan-barangan KLTIJM 2017 dan banyak lagi untuk menarik para peminat sukan ekstrem dan pengunjung ke KL Tower. Istimewa pada tahun ini adalah pengiktirafan dan pensijilan oleh Malaysia Book of Records yang dibuat oleh KL Tower International Jump Malaysia setakat ini terutamanya pada 2017,” tambah beliau lagi.


Tahun ini, dijangka seramai 120 orang penerjun antarabangsa akan turut serta. Seperti tahun-tahun sebelum ini, penerjun rata-ratanya datang dari negara Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Ireland, Iran, Jerman, Itali, Jepun, Kuwait, Luxembourg, Mexico, Netherlands, Norway, New Zealand, Rusia, Afrika Selatan, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sekali lagi diteruskan pada pada edisi kali ini iaitu terjunan yang paling mendapat perhatian pengunjung, iaitu terjunan kren. Terjunan ini akan diadakan pada 30 September dan 1 Oktober mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan bersambung pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Seperti biasa, para penerjun akan membuat terjunan dari TH07 (Kepala Menara 7), di ketinggian 312 meter dari paras bumi, sambil menunjukkan aksi-aksi yang jarang kita dapat lihat diman