Konsert Masuk Percuma Sempena Sambutan 50 Tahun Panggung Anniversari Kuala Lumpur


Konsert Panggung Anniversari Gemilang 50 tahun akan diadakan bagi menyambut ulang-tahun ke 50 tahun Panggung Anniversari yang terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur ini turut diraikan bersempena DiverseCity – Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama DiverseCity dan Yayasan Artis 1 Malaysia akan mengadakan Konsert Panggung Anniversari Gemilang 50 Tahun pada 30 September 2017, jam 8.30 malam.


Konsert istimewa ini yang akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dan Kumpulan Kesenian DBKL menampilkan seramai 10 artis tanah air iaitu Datuk DJ Dave, Dato’ M.Nasir, Dato’ Awie, Dato’ Zainal Abidin, Dato’ A. Rahman Hassan, Zamani, Siti Sarah, Khai Bahar, Azharina, Khalifah dan MASDO.


Lebih menarik lagi, konsert ini akan disemarakkan dengan dua ikon pengacara komersial Malaysia yang telah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan iaitu Fara Fauzana Dan Faizal Ismail.



Poster-Poster Barisan Selebriti Yang Akan Membuat Persembahan Di Konsert Tersebut


Konsert ini merupakan konsert kerjasama kedua antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Yayasan Artis1Malaysia selepas mendapat sambutan yang menggalakan pada konsert Perasmian Pembukaan Panggung Anniversari pada 3 Disember 2016 yang lalu.

“kami percaya dengan kerjasama erat antara DBKL dan Yayasan Artis 1Malaysia ini, kita akan dapat menaikan lagi industri hiburan tanah air sekaligus menghiburkan peminat- peminat barisan artis legenda ini tanpa mengenakan sebarang bayaran.”


Bagi memberikan persembahan yang terbaik kepada wargakota Luala Lumpur, dewan bandaraya Kuala Lumpur menitikberatkan aspek kualitu dan menjalani proses adunan musik lebih awal dan terancang serta menggunakan khidmat orkestra Kuala Lumpur iaitu kumpulan orkestra terbesar dan terbaik di Kuala Lumpur demi peminat-peminat walaupun tanpa dikenakan sebarang bayaran.


Penganjuran Konsert Panggung Anniversari Gemilang 50 Tahun ini telah dirancang secara teliti dari aspek pengangkutan. perkhidmatan van perantaraan dari dataran merdeka (di hadapan Kl City Gallery) dan padang merbok akan disediakan oleh pihak dewan bandaraya kuala lumpur setiap 15 minit, bersilih ganti bagi melancarkan trafik dan memudahkan para pengunjung datang ke Panggung Anniversari. tambahan itu juga, sebuah bangunan parkir bertingkat yang menyediakan tempat letak kerata secara percuma bagi pengunjung yang hadir untuk menyaksikan konsert ini juga terletak berdekatan dengan Panggung Anniversari ini.


Menyelungsuri Sejarah....


Panggung Anniversari di Taman Botani Perdana merupakan satu pentas hiburan yang cukup bermakna kepada industry dunia hiburan Malaysia khususnya di Kuala Lumpur ini. Sebagai satu-satunya pentas yang menawarkan persembahan hiburan percuma di ibu Negara pada era tahun 1970-an dan 1980-an, panggung ini telah menjadi destinasi ‘wajib’ kepada warga kota pada hujung minggu. Panggung Anniversari ini telah dibina bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara iaitu pada 1967 dan pada tahun 2017 ini maka genaplah usianya mencecah 50 tahun.


Lebih Menarik......


Konsert ini juga disenaraikan di dalam jadual Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur 2017- diversecity, turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui kod promosi “DIVERSECITY17” kepada pengguna aplikasi grab yang menawarkan diskaun sebanyak RM8 bagi setiap perjalanan ke panggung anniversari bagi menyaksikan Konsert Panggung Anniversari Gemilang 50 Tahun Ini.


Pengguna kod promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat oleh GRAB Car.


Sebarang info mengenai Festival Seni Antarabangsa KL bolehlah anda melayari laman sesawang ini www.Diversecity.my


Jom Datang Beramai-Ramai!!!


MYBUZZ

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.