Idayu Bakal Duet Dengan Ungu!

October 4, 2017

 Foto |Kredit: star2.com

 

Wow! Terujanya bila berita ni sampai kepada MB. Pastinya ramai peminat dan penyokong kepada peserta AF Megastar, Idayu turut teruja bila dapat tahu yang Idayu ditawarkan untuk berduet dengan Ungu pada ‘Konsert Terunggul Afgan & Ungu’ yang bakal berlansung pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), jam 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

 

Dikhabarkan Idayu pada malam itu akan menyampaikan lagu 'Tercipta Untukku' secara duet bersama Ungu. Lagu 'Tercipta Untukku' merupakan lagu yang diambil dari album ketiga Ungu (Melayang) yang diterbitkan pada tahun 2005. Menurut penganjur konsert ini, Popcorn Studio SB, penampilan Idayu merupakan penghargaan mereka kepada peminat muzik yang hadir pada malam tersebut.

  

Konsert ini merupakan gandingan sulung di antara dua nama gergasi Indonesia, Afgansyah Reza atau Afgan dan Ungu di pentas utama Malaysia. Kolaborasi hebat di antara artis yang bergenre ‘pop / balada’ dan ‘rock / balada’ ini sudah pastinya ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan. 

 

BACA: Konsert Terunggul Afgan & Ungu Di Stadium Malawati Shah Alam


Afgan akan tampil sebagai bintang utama konsert sementara kumpulan Ungu bakal mengadakan persembahan pembuka tirai. Mengangkat muzik rock dan jazz balada sebagai tema pada malam persembahan yang bakal berlangsung selama 2 jam ini kelak, gandingan ini sudah pasti mampu menghiburkan penonton dengan seleksi lagu hits masing-masing dan rantaian lagu popular masa kini. 

 

 

Tiket konsert boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone) dan RM250 (VIP). Manakala tiket RM350 (Platinum) telah habis dijual dalam masa dua (2) minggu. Sebagai alternatif, peminat juga boleh menghubungi Ticket Pro di talian 03 – 7880 7999 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsert ini. |MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.