Faizal Tahir Tercalon Kategori 'Best Southeast Asia Act' MTV EMA 2017


November ini MTV bakal meraikan sambutan tahunan muzik global serta artis-artis hit antarabangsa sepanjang tahun 2017 dalam anugerah MTV EMA 2017 yang bakal diadakan di London. Hari ini pihak MTV telah mengumumkan senarai nominasi untuk anugerah tersebut dengan ikon muzik pop, Taylor Swift mendahului senarai pencalonan.


Taylor Swift tercalon dalam 6 kategori termasuk nominasi 'Best Video' untuk lagu “Look What You Made Me Do” yang mana turut tersenarai pada anugerh MTV MVAs pada Ogos lalu. Sementara itu penyanyi yang juga pencipta lagu, Shawn Mendes hampir menyamai jumlah nominasi Taylor Swift dengan 5 pencalonan secara keseluruhan termasuk bagi kategori 'Best Song' dan 'Best Artist'


Antara artis lain yang berentap merebut anugerah 'Best Artist' adalah Kendrick Lamar dan Ed Sheeran masing-masing mendapat 4 pencalonan bagi kategori 'Best Local Act' dan (Best US Act and Best UK & Ireland Act. Single Ed Sheeran “Shape of You” turut tersenarai dalam kategori Best Song, bersama-sama DJ Khaled’s untuk lagu “Wild Thoughts,” Shawn Mendes’ bagi lagu “There’s Nothing Holdin’ Me Back,” Luis Fonsi & Daddy Yankee’s bagi lagu “Despacito” yang menampilkan Justin Bieber, dan Clean Bandit’s untuk lagu hit mereka “Rockabye.”


Faizal Tahir

Sumber Foto | Wikipedia


Sementara itu bagi kategori Best South East Asia Act, MTV telah menyenaraikan beberapa artis yang mewakili Asia Tenggara seperti Faizal Tahir (Malaysia), Isyana Sarasvati (Indonesia), James Reid (Philippines), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand) dan Dam Vinh Hung (Vietnam)



MTV EMA 2017 akan disiarkan secara lansung dari The SSE Arena, Wembley di London pada hari Ahad, 12 November 2017. Berikut merupakan senarai penuh nominasi MTV EMA 2017.


NOMINASI MTV EMA 2017

BEST SONG

Clean Bandit – Rockabye ft. Sean Paul & Anne-Marie

DJ Khaled – Wild Thoughts ft. Rihanna, Bryson Tiller

Ed Sheeran – Shape of You

Luis Fonsi & Daddy Yankee – Despacito (Remix) ft. Justin Bieber

Shawn Mendes – There’s Nothing Holdin’ Me Back

BEST ARTIST

Ariana Grande

Ed Sheeran

Kendrick Lamar

Miley Cyrus

Shawn Mendes

Taylor Swift

BEST LOOK

Dua Lipa

Harry Styles

Rita Ora

Taylor Swift

ZAYN

BEST NEW

Dua Lipa

Julia Michaels

Khalid

KYLE