Konsert Dangdut Megastra 2017 Bakal Gegar Panggung Anniversari

Buat julung-julung kalinya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menganjurkan satu persembahan konsert dangdut yang berprestij dan gilang gemilang yang membariskan nama-nama besar para artis dari genre dangdut yang terdiri daripada Ifa Raziah, Amelina, Salwa Abdul Rahman, Rojer Kajol, Fitri Hiswady dan Elda Susanti.


Konsert Dangdut Megastra 2017 yang bakal diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) ini secara PERCUMA, akan berlansung di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bermula pada jam 8.30 malam. Apa yang menariknya semua persembahan pada konsert ini bakal diringi oleh Orkestra Kuala Lumpur.


Ianya merupakan satu koloborasi yang mengujakan apabila menggabungkan irama dangdut dengan susunan dan iringan muzik Orkestra Kuala Lumpur dengan penyertaan hampir 60 pemuzik dibawah olahan pengarah muzik, En. Mohamad Adzan Mohd Fadzil dan di pimpin oleh En. Isa Ismail.


Acara ini turut mendapat dokongan para artis dari Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (BINTANG) yang diketuai oleh Ifa Raziah dengan barisan gabungan artis hebat baru dan lama ini semestinya menjanjikan sesuatu yang terbaik dan menghiburkan.


"Pada artis dangdut kita sebenarnya amat berbakat, lihat sahaja bakat-bakat seperti Fitri, Rojer Kajol dan Elda sendiri telahpun menempa nama apabila telah tersenarai didalam rancangan popular dari seberang, D' Academy Asia dan kali ini mereka bergandingan dengan para senior mereka yang terdiri dari saya sendiri, Amelina dan Salwa untuk memberi persembahan "meletop" secaara percuma untuk semua. Paling membanggakan apabila ianya diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur", ujar Ifa Raziah, selaku Presiden Bintang.


Ifa Raziah Cipta Sejarah


Ifa Raziah Mahu Letak Jawatan!


Ifa Raziah

Dalam temubual berasingan Ifa Raziah memaklumkan yang beliau enggan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia atau Bintang untuk penggal akan datang. Menurut Ifa, 43, beliau mahu memberi peluang tersebut kepada artis dangdut lain untuk memikul tanggungjawab tersebut.


"Saya sudah memikul tanggungjawab sebagai presiden untuk penggal ini dan pada pemilihan tahun depan saya mahu orang lain pula yang dapat.


"Kalau boleh biarlah semua dapat rasa dan terajui persatuan ini sehingga ke tahap yang tinggi," tambah Ifa Raziah sebelum mengakhiri perbualan. |MYBuzz










Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.