Shopee Malaysia Perkenal Shopee Mall

October 6, 2017

 

Shopee Malaysia telah melancarkan sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama dan pengedar terkemuka. Shopee Mall tersebut menawarkan jutaan rakyat Malaysia akses langsung pada lebih 300 jenama dan peruncit besar untuk pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium. Antara jenama yang ditampilkan dalam Shopee Mall termasuklah Nestlé, PETRONAS, Watsons, Senheng, Digi, Cola-Cola, Huawei, L’Oreal, Xixili dan banyak lagi.

 

Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai manfaat termasuklah jaminan 100% produk tulen (atau kami mengembalikan dua kali ganda wang anda), polisi 15 hari pemulangan dan penghantaran percuma ke seluruh negara. Selain itu, pelbagai produk kegemaran ramai yang ditawarkan di Shopee Mall adalah tertakluk bawah program Jaminan Harga Terendah Shopee.

 

“Shopee Mall telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin moden. Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, kami menyediakan satu platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran mereka terus daripada pemilik jenama tersebut. Kami juga menawarkan jaminan produk tulen dan pemulangan percuma buat pertama kali,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

 

Dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall merupakan peluang keemasan untuk pelbagai jenama meluaskan pasaran sasar mereka dengan mendekati pengguna sedia ada Shopee yang kini direkodkan pada kira-kira 4 juta muat turun di Malaysia.

 

“Tambahan pula, polisi komisyen sifar kami membolehkan kami bekerjasama erat dengan usahawan Shopee Mall untuk memastikan semua produk dijamin pada harga terendah,” katanya lagi. Sekiranya mana-mana pengguna terjumpa sesuaty produk dijual pada harga lebih murah di platform e-dagang lain boleh mendapatkan ganti rugi pada kadar 120% daripada perbezaan harga produk tersebut.

 

(dari Kiri) Nicholas Chew, Senior e-commerce Executive, Unicharm, Ng Shih Siang (黄诗翔), e-commerce Manager, Caring Pharmacy, Brighton Goh Ang Leong (吴鸿亮), Customer Development Manager, E-commerce, Unilever Malaysia, Camry Yong Chee Keen, e-commerce Manager, Watsons Malaysia, Steven Lim, Executive Director, Super Food

 

Suasana Membeli-belah Secara Dalam Talian Yang Premium

 

Shopee Mall merupakan sasaran Shopee Malaysia untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah yang menampilkan pelbagai produk. Di Shopee Mall, pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan menerusi penghantaran percuma bagi setiap pembelian minima berjumlah RM30, manakala pemulangan produk percuma boleh dilakukan menerusi label pos prabayar yang disediakan dengan setiap pembelian.

 

Jaminan Produk Tulen 100% Shopee Mall juga boleh meyakinkan pengguna yang sering berasa was-was terhadap ketulenan sesuatu produk. Mana-mana pelanggan yang menerima produk tiruan menerusi Shopee Mall layak menerima ganti rugi sebanyak 200%. Bagi mengenalpasti senarai produk Shopee Mall, pengguna boleh mencari label ‘Mall’ berwarna merah semasa meninjau produk.

 

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Shopee Mall akan menganjurkan kempen eksklusif dengan beberapa jenama pilihan Malaysia seperi Watsons, Nestlé, Senheng, Unilever, Philips, Caring, Courts dan banyak lagi. Bermula hari ini sehingga 8 Oktober, pengguna boleh menikmati jualan murah dengan potongan harga sehingga 90%, baucar potongan harga dan hadiah menarik.

 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/mall atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.|MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.