Ulasan Filem Chasing The Dragon

October 6, 2017

 

 

Genre: Aksi
Bahasa: Kantonis 
Pengarah: Jason Kwan, Wong Jing
Pelakon Utama: Donnie Yen, Andy Lau
Durasi: 2jam 08minit
Klasifikasi: P18

Tarikh Tayangan: 28 September 2017

Rating: 4/5

 

MYBUZZ telah diberikan kesempatan oleh LOTUS FIVE STAR untuk berkongsi dengan pembaca kami yang meminati filem aksi Hong Kong Chasing The Dragon lakonan Donnie Yen dan Andy Lau pada tayangan perdana minggu lalu. Setelah seminggu ditayangkan di Malaysia, filem ini berjaya menambat hati peminat filem aksi dari Hong Kong ini yang dikatakan mempunyai unsur persahabatan dan kasih sayang walaupun filem ini memaparkan aksi serta adegan yang melibatkan jenayah atau sindiket dadah antarabangsa.

 

Kita berkongsi sikit foto-foto yang dirakamkan di dalam sedutan filem ini bersama pembaca blog MYBUZZ ....

Sebelum itu jom kita layan jap trailer filem ini....

 

 

SINOPSIS FILEM CHASING THE DRAGON

 

Ho (Donnie Yen) tercampak ke Hong Kong dari Tanah Besar China pada sekitar tahun 60-an.

 

Pada masa itu, Pasukan Polis Hong Kong bekerjasama dengan para pasukan di bawah penjajahan British dan ketika itu, gejala rasuah sedang berleluasa.

Ketua Detektif Lee Rock (Andy Lau) menghargai bakat dan keberanian hebat Ho, sehingga membantu dia melarikan diri dari penahanan seksaan lanjut oleh Polis Inggeris.

Ho bersyukur kepada Rock atas bantuannya. Ketika dalam salah satu pergaduhan geng itu, bagi menyelamatkan Rock, dia juga mengorbankan kaki kanannya, semenjak itu dia dikenali sebagai "Crippled Ho".

 

Kedua-duanya sejak itu telah menjadi sahabat yang baik, dan Rock membantu Ho untuk menjadi pemimpin nombor 1 pengedar dadah.

 
Rock dan Ho menjadi sangat berkuasa dan mereka secara berasingan memerintah keseluruhan Hong Kong. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka saling bersaing dan bergelut dengan rahsia untuk memastikan keseimbangan kuasa di antara mereka. Sehingga tahun 1974, penubuhan ICAC memaksa Rock untuk bersara awal .

 

Sebelum itu jom tengok apa kata selebriti dan tetamu yang hadir di malam tayangan perdana filem ini minggu lalu.

 

 

So korang semua pembaca MYBUZZ yang dikasihi, jangan lupa beli tiket tengok wayang filem super aksi Chasing The Dragon ini pawagam berhampiran anda. MYBUZZ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.