Shopee Malaysia Perkenal Shopee Mall



Shopee Malaysia telah melancarkan sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama dan pengedar terkemuka. Shopee Mall tersebut menawarkan jutaan rakyat Malaysia akses langsung pada lebih 300 jenama dan peruncit besar untuk pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium. Antara jenama yang ditampilkan dalam Shopee Mall termasuklah Nestlé, PETRONAS, Watsons, Senheng, Digi, Cola-Cola, Huawei, L’Oreal, Xixili dan banyak lagi.


Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai manfaat termasuklah jaminan 100% produk tulen (atau kami mengembalikan dua kali ganda wang anda), polisi 15 hari pemulangan dan penghantaran percuma ke seluruh negara. Selain itu, pelbagai produk kegemaran ramai yang ditawarkan di Shopee Mall adalah tertakluk bawah program Jaminan Harga Terendah Shopee.


“Shopee Mall telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin moden. Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, kami menyediakan satu platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran mereka terus daripada pemilik jenama tersebut. Kami juga menawarkan jaminan produk tulen dan pemulangan percuma buat pertama kali,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall merupakan peluang keemasan untuk pelbagai jenama meluaskan pasaran sasar mereka dengan mendekati pengguna sedia ada Shopee yang kini direkodkan pada kira-kira 4 juta muat turun di Malaysia.


“Tambahan pula, polisi komisyen sifar kami membolehkan kami bekerjasama erat dengan usahawan Shopee Mall untuk memastikan semua produk dijamin pada harga terendah,” katanya lagi. Sekiranya mana-mana pengguna terjumpa sesuaty produk dijual pada harga lebih murah di platform e-dagang lain boleh mendapatkan ganti rugi pada kadar 120% daripada perbezaan harga produk tersebut.


(dari Kiri) Nicholas Chew, Senior e-commerce Executive, Unicharm, Ng Shih Siang (黄诗翔), e-commerce Manager, Caring Pharmacy, Brighton Goh Ang Leong (吴鸿亮), Customer Development Manager, E-commerce, Unilever Malaysia, Camry Yong Chee Keen, e-commerce Manager, Watsons Malaysia, Steven Lim, Executive Director, Super Food


Suasana Membeli-belah Secara Dalam Talian Yang Premium