ENFINITI UMUM BARISAN PELAKON UTAMA MUZIKAL OLABOLA

October 8, 2017

 

 

Luqman Hafidz, Lim Jian Wen dan Altimet akan beraksi di pentas Istana Budaya - Enfiniti Production

 

 

Enfiniti dengan bangganya mengumumkan barisan pelakon yang bakal membawakan peranan sebagai pasukan Harimau Malaya dan Drill Sarjan Ahmad dalam Muzikal OlaBola melalui Konsert Akademi Fantasia Megastar, yang akan bersiaran secara langsung di Shah Alam Royal Theatre malam ini menerusi saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123, serta saluran Astro GO dan Astro On Demand.

Para peminat filem OlaBola yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2016 pastinya tidak sabar untuk menyaksikan Luqman Hafidz dan Lim Jian Wen kembali beraksi sebagai Ahmad Ali dan Ong Tiam Cai; tetapi kali ini dengan lebih istimewa, watak-watak ini bakal muncul di pentas Muzikal OlaBola yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 8 Februari 2018 akan datang.

Turut membintangi pementasan ini ialah Brian Chan sebagai Chow Kwok Keong aka Tauke, Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar dan Kai Chalmers sebagai Eric Yong; masing-masing merupakan pelakon teater yang tidak asing lagi di pentas tempatan.

Altimet bakal muncul sebagai penampilan istimewa dalam Muzikal OlaBola ini dengan membawa watak Drill Sarjan Ahmad. Keenam-enam barisan pelakon ini adalah antara 40 orang pelakon yang membarisi pementasan muzikal ini, setelah dipilih lebih daripada 300 orang yang hadir pada sesi ujibakat yang berlangsung pada hujung Ogos yang lalu. Ia merupakan rekod kehadiran ujibakat untuk teater yang paling ramai pernah diadakan.

Altimet juga berperanan sebagai pencipta lagu bersama Mia Palencia untuk Muzikal OlaBola dan pada malam ini, di Konsert Akademi Fantasia Megastar, lagu utama bertajuk 'Luarbiasa' akan dipersembahkan untuk pertama kalinya oleh keenam-enam pelakon utama tersebut. Secara eksklusif, lagu Luarbiasa ini akan berkumandang di radio ERA FM pada 9 Oktober 2017 dan dituruti stesen radio lain pada 10 Oktober 2017.

 

 ISTIMEWA 3 DEKAD TIARA JACQUELINA
 

 Puan Sri Tiara Jacquelina

 

Setelah tiga dekad bergelar penggiat seni dan pelakon, pendukung seni persembahan tempatan dan penerbit yang berjaya, Tiara Jacquelina buat julung kalinya akan mencurahkan bakat dan pengalaman beliau dengan duduk sebagai sutradara Muzikal OlaBola. Muzikal ini diberi penghormatan sebagai persembahan pembukaan Istana Budaya bagi tahun 2018, iaitu bermula pada 8 Februari hingga 11 Mac 2018.

Enfiniti akan mengumumkan barisan penuh pelakon-pelakon muzikal ini pada bulan hadapan. Jualan tiket akan bermula pada pertengahan Oktober 2017. Untuk maklumat lanjut dan urusan tiket, lawati laman web www.olabolamusical.com dan ikuti FB Enfiniti ( https://www.facebook.com/EnfinitiMY ) dan IG ( https://www.instagram.com/enfinitimy ). |MYBuzz

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.