ALAMI KEUNIKAN THAILAND DI THE STRAND MALL. AROI MAK MAK!!!

October 12, 2017

 

'Disini anda juga dapat menerokai khazanah rahsia kecantikan Thailand, merasai kesedapan rasa masam, manis, pedas yang ada pada setiap makanannya serta kehalusan budaya dan kesenian yang ada pada muzik, budaya dan fesyennya.' -KMAT17

 

Sekiranya anda ingin ke Thailand dalam masa terdekat, lupakan niat anda! Anda boleh mengalami pengalaman membeli belah, merasai makanan Thai yang lazat, mengenali budaya Thailand hanya dengan berkunjung ke Karnival Mega Amazing Thailand 2017 yang sedang berlansung dari 6 Oktober lalu sehingga 18 Oktober ini di The Strand Mall, Kota Damandara.

 

Karnival yang julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Anjung Spektrum dan Brainbox Empire yang mana telah mendapat sokongan daripada Sweet Spot , Gemilang Organizer Limited Partnership serta The Strand Mall sebagai penaja lokasi dibuka untuk kunjungan orang ramai setiap hari mulai 10 pagi hingga 12 malam.

 

Objektif utama penganjuran karnival 'Mega Amazing Thailand 2017' ini adalah bertujuan memperkenalkan produk-produk kebudayaan dan kesenian, makanan dan minuman, pakaian, aksesori dan perhiasan serta warisan dari negara yang terkenal dengan jolokan Negara Gajah Putih itu yang mana ianya telah mendapat penyertaan seramai 100 orang peniaga dan para pempamer.

 

 

Jangan lupa untuk singgah disetiap gerai yang disediakan kerana setiap gerai menawarkan satu pengalaamn yang berbeza. Disini anda juga dapat menerokai khazanah rahsia kecantikan Thailand, merasai kesedapan rasa masam, manis, pedas yang ada pada setiap makanannya serta kehalusan budaya dan kesenian yang ada pada muzik, budaya dan fesyen nya. Pasti memikat sesiapa sahaja yang berkunjung.

Selain dari aktiviti diatas , pelbagai aktiviti lain turut disediakan oleh penganjur sepanjang karnival berlansung. Antaranya adalah pertandingan fotografi peringkat amatur yang akan diadakan pada hari Ahad,15 Oktober 2017, bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang dengan bertemakan keunikan susana Thailand di sekitar karnival berlansung. Pengunjung boleh memuat naik foto ke akaun instagram mereka dengan kapsyen terbaik dan disertakan  hashtag (#) #BBE #MAT17. Pengujung juga harus menyertakan tag @BRAINBOXEMPIRE pada setiap muatnaik foto berkenaan.

 Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Eliey Sahad ditalian 1+601110185428 atau En. Rhoma H. Khairi, Brainbox Empire ditalian +6013 2771149 |MYBUZZ!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.