LOUDNESS,BLOC PARTY, WINGS & MAY ANTARA YANG BAKAL GEGARKAN MALAYSIA AUTOSHOW 2017

October 12, 2017

 

Buat julung kalinya, suatu festival muzik yang luar biasa akan berlangsung selari dengan Pameran Permotoran Terbesar di Malaysia. 

 

Gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran, di bawah satu bumbung. 

 

11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal membuat persembahan di Festival SoundValley 2017. Festival sepanjang dua hari ini menawarkan kepelbagaian genre muzik kepada semua pengunjung. 

 

Festival SoundValley dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd, akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017. 

 

 Senarai kumpulan musik antarabangsa dan tempatan yang bakal membuat persembahan sepanjang 2 hari karnival Sound Valley 

 

Hari Pertama

 

o    Bloc Party

o    Barasuara

o    Hujan

o    Bunkface

o    Otherside Ochestra

 

Hari Kedua
 

o    Loudness
o    Wings
o    May 
 
o    Metalasia
o    FiftyOne50
o    Cassandra

 

 

“Tahun ini, Malaysia Autoshow 2017 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung, dengan lebih banyak lagi tarikan. Penganjuran SoundValley Festival adalah tarikan baru selari dengan perkembangan Malaysia Autoshow”, kata Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Automotive Institute (MAI).

 

Menurut beliau, Festival SoundValley dan Malaysia Autoshow 2017 menghimpunkan peminat muzik dan permotoran dalam acara yang penuh kemeriahan bagi semua pengunjung Malaysia Autoshow 2017.

 

Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017, sekaligus mendapat peluang untuk mengunjungi pameran automotif yang dianjurkan.

Butiran Konsert & Tiket

  • Tarikh : 11 Nov – 12 Nov (Sabtu dan Ahad)

  • Masa :  3.30p.m. to 11.30p.m.

  • Tempat : Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS)

  • Pengangkutan : 10,000 pengguna terawal Grab dapat menikmati RM8 potongan harga bagi satu perjalanan (dari/ke) MAEPS *Disediakan untuk kawasan Klang Valley sahaja.

  • Tiket : Boleh didapati di online portal bermula 10 Oktober di  https://airasiaredtix.com/​

 

Pembeli tiket Festival SoundValley akan menikmati harga istimewa bermula 9 Okt sehingga 18 Okt 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival SoundValley Festival 2017, layari www.airasiaredtix.com |MYBUZZ!

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.