RAHSIA BILIK 1174 AMBER COURT DALAM FILEM 'THE HAUNTED HOTEL'

October 14, 2017

 

Tersenarai ditempat teratas antara 10 tempat penginapan paling angker di Asia di laman microblogging Sina Weibo China , Amber Court memberi cetusan idea kepada Ryon Lee untuk menghasilkan filem 'The Haunted Hotel' yang menggabungkan barisan pelakon dari 3 negara, Malaysia, Thailand dan China.

 

"Saya ingin memperkenalkan Malaysia kepada dunia. Banyak filem sebelum ini menyajikan latarbelakang keindahan tempat dan pulau seperti Redang, tetapi bila saya menonton filem seram Hong Kong seperti "House That Never Die" saya mengetahui ramai penonton terpikat untuk melawat lokasi tersebut sekalgus menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat tumpuan pelancong. Saya menjadi terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama," ujar Ryon Lee(foto) ketika sidang media filem 'The Haunted Hotel' di MBO The Starling, awal minggu ini.

 

Sementara itu, menurut penerbit filem ini, Aron Koh beliau sangat optimis, ramai penonton dari luar akan datang ke Malaysia, terutamanya Amber Court, Genting Highland selepas menonton  filem ini.

 

Barisan pelakon filem 'The Haunted Hotel' - Alvin Chong, Teddy Chin, Aom Sushar dan Nadia Aqilah

 

Menggabungkan barisan pelakon dari Malaysia, Thailand dan China serta olahan kesan khas yang hebat, filem ini mengisahkan tentang pengalaman ngeri dan menyeramkan yang terpaksa dilalui oleh pasangan pelancong dari China, Ling (Aom Sushar) dan Jun (Li Chuan) semasa menginap di bilik 1174, Amber Court tanpa mengetahui rahsia disebalik bilik tersebut.

 Trailer filem 'The Haunted Hotel'

 

Selain Teddy Chin, filem 'The Haunted Hotel' turut dibintangi Alvin Chong dan Nadia Aqilah Bajuri. Filem ini telah memulakan tayangan di China pada 12 Oktober 2017 dan bakal ditayangkan di Malaysia pada 19 Oktober 2017. |MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.