“KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU” BERJAYA PUKAU 5000 PENONTON

October 16, 2017

 

Kehadiran lebih 5,000 peminat bukti persona dua bintang terkemuka Indonesia masih kuat.

 

Jeritan lebih 5,000 ribu orang penonton di Stadium Malawati, Shah Alam membuktikan keunggulan dua bintang terkemuka Indonesia, Afgan dan Ungu.

 

Konsert Terunggul Afgan dan Ungu yang diadakan pada 6 Oktober 2017 lalu, berlangsung hampir 3 jam dan dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Ungu membawakan lagu Hatiku Hampa. Ternyata kemampuan vokalis utama Ungu, Pasha tidak perlu dipersoalkan.

 

Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau, berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan yang telah lama bertahan hampir 20 tahun dalam industri hiburan Indonesia.  

 

Ungu menyampaian seleksi lagu hits seperti Percaya Padaku, Untukmu Selamanya, Aku Tahu, Andai Ku Tahu, Bila Tiba, Kekasih Gelapku dan Tercipta Untukku, duet bersama peserta AF Megastar, Idayu. Gandingan Pasha dan Idayu cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan magis tersebut.  

 

 Foto sekitar berlansungnya Konsert Terunggul Afgan & Ungu di Stadium Melawati, 6 Oktober lalu

 

Momentum konsert diteruskan dengan persembahan pembukaan Afgan melalui lagu hits beliau, Pesan Cinta. Persembahan Afgan yang diiringi The Gandarianz membuat penonton mula berdiri dan menari mengikut rentak lagu.

 

Tampil dengan kelainan untuk persembahan kali ini, Afgan lebih banyak menyanyikan lagu baru dari album beliau, Sides.  Penyanyi yang bakal menyambut ulang tahun ke 10 dalam industri hiburan pada tahun hadapan menyampaikan lagu hits seperti Katakan Tidak, Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Percayalah, Knock Me Out, X, Dia Dia Dia, Jalan Terus dan Panah Asmara. 

 

MB kongsikan disini foto-foto yang sempat dirakam sewaktu konsert berlansung. Jangan lupa untuk tonton video persembahan Afgan dan Ungu disaluran Youtube MYBUZZ! di www.youtube.com/c/mybuzz |MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.