RM2.8 JUTA Bajet Anugerah PROFIMA 2017

Kali ini PROFIMA dengan bajet yang cukup besar RM2.8 juta buat julung kalinya akan mengadakan Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa PROFIMA (PIFFA) 2017 kata Presiden PROFIMA , Kapten Khir.


'Kite mahu membuka peluang lebih besar kru dibelakang tabir supaya bakat mereka dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa''. UJar beliau lagi semasa ditemubual oleh MYBUZZ dalam program santai bersama media minggu lalu.




Penganjuran kali ke-11 ini selain memberi pengiktirafan dan menghargai jasa dan sumbangan tenaga kerja belakang tabir yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan sesebuah penerbitan filem, drama, dokumentari, iklan dan sebagainya, PROFIMA juga ingin melangkah terus ke hadapan bagi menjadikan anugerah ini diiktiraf ke peringkat antarabangsa.


Dengan Tag Line : KREW NADI INDUSTRI KREATIF... ia melibatkan sebanyak 69 anugerah yang akan diberikan adalah seperti Produser Terbaik, Pengarah Terbaik, Solekan Terbaik, Aksi Lagak Ngeri Terbaik, Pengarah Seni Terbaik, Jurukamera Terbaik dan banyak lagi. 63 kategori dipertandingkan dan 8 kategori yang tidak dipertandingkan iaitu 3 Anugerah Khas Juri dan 3 Anugerah Tokoh PROFIMA.


Anugerah ini akan disertai oleh beberapa negara Asia seperti Hong Kong, China, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan ini akan turut membuka peluang lebih besar kepada kru belakang tabir negara ke pasaran antarabangsa.


Foto Trofi Anugerah PROFIMA


Pada masa yang sama beliau menyeru sekiranya ada lagi pihak syarikat-syarikat korporat yang sudi menaja majlis anugerah PROFIMA 2017 boleh berbuat demikian dengan secara terus berjumpa pihak PROFIMA.



Pakaian bertemakan Black Tie atau kostume tahun 60' & 70' dan diserlahkan dengan persembahan jenaka khas iaitu Stunt Show dari Hong Kong akan memberi satu kelainan selain daripada persembahan nyanyian artis pada malam anugerah tersebut.


Selain malam Gala Anugerah PROFIMA 2017 yang akan diadakan pada 6 November 2017 di Dewan merdeka PWTC, PIFFA 2017 juga berlangsung selama tiga (3) hari berturut-turut bermula pada 4 November ini dengan menyajikan pelbagai aktiviti seperti bengkel/seminar, pameran peralatan penggambaran/servis dan lain-lain. MYBUZZ



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.