Jihan Berbadan Dua Ketika ASK 2017

October 23, 2017

 

Diam tak diam sudah masuk 21 kali penganjuran Anugerah Skrin yang dikelolakan oleh Media Prima ini. Dengan tema ''Mencipta Fenomena'', menyeru seluruh warganegara untuk mengiktiraf sejarah, meraikan masa kini dan bersedia untuk masa hadapan. Malam Anugerah Skrin 2017 ini akan berlangsung di DEwan Merdeka, PWTC pada 3 November 2017.

 

''Tahun ini ASK 2017 mengetengahkan "Mencipta Fenomena'' sebagai temanya sebagai satu usaha untuk memartabatkan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh semua penggiat seni tanah air tidak kira  di hadapan atau di belakang tabir......'' Kata Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

 

 MEDIA PRIMA bersama Rakan-Rakan Penaja ketika gimik pelancaran ASK 2017 semasa sidang media minggu lalu

 

Sebanyak 20 kategori-kategori anugerah yang disenaraikan,  antara kategori yang paling ditunggu adalah Drama Terbaik, FIlem Terbaik, Pengarah Terbaik Drama & Filem, Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik Drama & Filem dan banyak lagi yang menanti untuk diumumkan pada malam tersebut.

 

Sebelum itu Majlis Prelude ASK2017 akan diadakan secara langsung pada jam 5.00 petang. Sebanyak 13 kategori anugerah yang akan disampaikan, antaranya  Videografi Drama & Filem Terbaik, Drama Rantaian Popular Media Sosial dan banyak lagi.

 

''......beberapa pembaharuan pada ASK 2017 tahun ini, antaranya adalah Majlis Prelude ASK2017.'' UJar beliau lagi.

 

Selain daripada Rangkaian Televisyen Media Prima, BERNAMA, HyppTV dan RTM turut menghantar pencalonan pada kali ini.

 

 

Ketika sidang media ini juga, ASK2017 mengumumkan Jihan Muse, Fahrin Ahmad, Syuk akan menerajui sebagai Pengacara ketika ASK2017. Walaupun JIhan sedang hamil beliau pasti akan tetap mengacarakan ASK2017 dengan penuh semangat beserta lawak jenakanya.

 

 

Malam itu juga turut diserikan dengan persembahan barisan artis seperti Akim & The Majistret, Haqiem Rusly, Stacy, Ayda Jebat, Hael Husaini, Wany Hasrita, Jaclyn Victor dan ramai lagi.

 

 Fattah & Neelofa akan menyampaikan Anugerah pada malam ASK2017..nantikan...

 

Artis-artis popular seperti Fattah Amin, Neelofa, Aiman Tino, Rozita Che Wan, Shukri Yahya dan ramai lagi turut bergandingan sama dalam menyampaikan anugerah pada malam tersebut.

 

Penganjuran kali meletakkan Olay sebagai Penaja Utama, Oppo dan McCafe' selaku rakan penaja bagi menjayakan majlis ini. MYBUZZ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.