Irama Malaysia Gegar Panggung Anniversari

October 24, 2017

Sekian lama rakyat Malaysia tidak didendangkan dengan lagu-lagu bercorak irama Malaysia. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama  Yayasan Artis 1 Malaysia akan membawakan sebuah Konsert Irama Warisan masuk secara percuma yang akan diadakan pada 28 Oktober 2017, 8:30 Malam bertempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana.

 

Antara artis-artis yang bakal membuat persembahan pada malam tersebut adalah Noraniza Idris, Farawahida, Monoloque, Haziq Rosebi, Asmidar dan Hisham Adrizal serta diacarakan oleh Burn dan Nana Mahazan. Persembahan ini bakal diiringi oleh 58 orang pemuzik orkestra yang dipimpin oleh En. Khairil Anuar Bahari.

 

Muzik Irama Malaysia khususnya, yang semakin dipinggirkan hasil peredaran masa dan pendominasian genre muzik yang lain. Objektif utama Unit Muzik, DBKL adalah ingin meletakkan kembali seni dan akar budaya Melayu pada satu tahap yang membanggakan.

 

 

 Antara seleberiti yang akan membuat persembahan hadir ke sidang media semalam


Program ini juga adalah satu bentuk kesinambungan daripada kempen Save Irama Malaysia yang digerakkan oleh ratu etnik kreatif Noraniza Idris sendiri. Kempen ini dijangka akan terus memberi impak dan mendidik orang ramai tentang pentingnya memelihara Irama Melayu.

 

Pembentukan cinta Irama Malaysia ini mampu mendidik anak-anak bangsa Malaysia khususnya kepada cinta 5 dalam 1. Cinta diri, agama, bangsa, budaya dan seterusnya mencintai negara Malaysia sebagai warga yang benar benar merdeka minda dalam ertikata penghayatan sebenar. Dengan initiatif ke arah ini maka DBKL dan Yayasan Artis 1 Malaysia telah mengambil tanggungjawab bersama untuk menjadikan Irama Malaysia sebagai alat didikan minda generasi masa kini.

Konsert ini mampu memberikan kesan positif kepada warga kota melalui muzik Irama Melayu yang membawa mesej-mesej penyatuan, motivasi & modal insan.

 

Ia juga diharapkan Menarik minat generasi baru dan pelancong luar kepada muzik Irama Malaysia. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa menyokong dan membantu industri muzik tanah air dalam memartabatkan Irama Malaysia.

 

Moh datang beramai-ramai ke Konsert Irama Warisan yang diibaratkan sebagai tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas -MYBUZZ

 

 

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.